$10.00
Penulis: Hassan Hasaa’ree Ali
Siri Cereka Remaja
Singapura,1880-an. Di bawah bayang-bayang kapal blim raksasa yang membelah ruang udara Sungai Singapura, Konstabel Jamal Aswad
sedar bahawa keamanan kolonial hanyalah satu fatamorgana. Apabila seorang saudagar Inggeris, Henry Parkinson, hilang tanpa kesan, pihak atasan hanya menganggapnya sebagai kes biasa. Namun, Jamal melihat apa yang orang lain terlepas pandang, iaitu simbol-simbol pelik yang diukir pada kulit pohon.
Bagi Sarjan Mortimer Reed, ia hanyalah contengan kutu rayau. Bagi Jamal, ia merupakan aksara hieroglif, suatu bahasa rahsia gelandangan yang menyimpan kunci sebuah konspirasi gelap di bawah tanah Tanjong Pagar.
Tersepit antara tugasnya sebagai pegawai polis dengan kisah silamnya sebagai anak lanun, Jamal harus menyusup masuk ke dalam ‘Tristram’, iaitu sebuah labirin bawah tanah yang tidak pernah muncul di dalam peta rasmi pemerintah British.
Saiz: 18cm x 12.8cm
Jumlah Muka Surat: 50
Tarikh Terbit: 2026
ISBN: 9789819456444
4 in stock
| Weight | 145 g |
|---|---|
| Dimensions | 21.5 × 14 × 0.5 cm |
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
4 in stock
Reviews
There are no reviews yet.