$9.00
Cerita oleh Syuhada Safian
Ana Solehah bersama adik Ibrahim dan Luqman ialah anak yatim. Hidup mereka berubah sejak tinggal di rumah kebajikan Darul Riayah. Di tempat itu bermulalah episod kehidupan Ana bersama adik-adiknya. Pelbagai kisah menarik yang berlaku. Dia semakin matang dan menjadi seorang yang penyayang, baik hati, amanah, bertanggungjawab, rajin belajar dan pelbagai jati diri yang dipelajari melalui pengalaman hidup bersama kawan-kawannya.
“Ana yang manis, terima kasih ya tolong cikgu semalam. Cikgu kagum pada Ana. Suka sangat bantu orang,” ucap Cikgu Aida.
“Err.. Maaf cikgu, tapi Ana balik awal semalam,” jawab Ana jujur.
Ana tak pasti apa sebenarnya yang berlaku. Hampir setiap hari, nama Ana disebut-sebut. Sekejap sahaja, Ana telah menajdi idola pada semua murid. Bukan Ana tak gembira, tapi bagaimana Ana mahu mengaku kebaikan yang tidak Ana lakukan? Persoalannya, siapa pula yang mengambil tempat Ana?
</p.<>
Saiz : 19cm x 12.6cm
Jumlah Muka surat : 127
Tarikh Terbit : 2017
Out of stock
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Out of stock
Reviews
There are no reviews yet.