Mini Cart

[Bundle] Pandemik & Vaksin

$22.00

PANDEMIK: ANTOLOGI FIKSYEN PENDEK

Sebuah antologi fiksyen pendek karya 16 penulis baharu dan mapan, buat renungan remaja.

Kisah-kisah menyentuh hubungan antara sahabat, keluarga, serta guru dan pelajar. Ada cerita yang mengisahkan impak wabak COVID-19 yang melanda dunia. Ada pula yang mencerminkan pandemik sebagai metafora sesuatu yang menular dan membawa kesan negatif, seperti gejala media sosial, pembulian, perasaan takut ketinggalan dan penyakit bulimia. Namun daripada kekelaman terbit kesedaran dan harapan.

Setiap cerita diakhiri dengan glosari dan soalan pencetus perbincangan untuk membawa pembaca remaja ke anjakan minda yang lebih luas.

Saiz : 8.5″ x 5.5″ (14cm by 21.5cm)
Jumlah Muka Surat : 84
Tarikh Terbit : Februari 2021

VAKSIN: DUNIA PASCAPANDEMIK

Bolehkah manusia mendapatkan suntikan vaksin dan membangunkan antibodi yang  dapat menghasilkan daya tahan yang lebih kuat dan kental dalam diri mereka? Bolehkah manusia menyesuaikan diri untuk hidup bersama Covid-19 dalam dunia endemik?

Selaras dengan analogi di atas, adakah remaja masa kini mempunyai Vaksin Daya Bingkas,Vaksin Semangat Kental, Vaksin Tumbesaran Minda, Vaksin Empati, Vaksin Inovasi dan apa jua “Vaksin” yang diperlukan untuk mengharungi dunia pascapandemik?

Bermula dengan jilid pertama iaitu Pandemik: Antologi Fiksyen Pendek yang memuatkan 16 cereka pendek dengan 84 halaman, Ungu Pen kini menyusuli dengan penerbitan jilid kedua iaitu Vaksin: Dunia Pascapandemik. Jilid kedua antologi, iaitu Vaksin: Dunia Pascapandemik ini memuatkan 14 cereka dengan 93 halaman. Selaras dengan metafora suntikan atau vaksinasi, Dos Pertama mengandungi cereka yang pendek dan padat, sekitar 200 hingga 400 patah perkataan. Suntikan Dos Kedua pula lebih panjang, antara 800 hingga 1200 patah perkataan. Walaupun kesemua cerita telah diolah bersesuaian untuk renungan remaja berusia 12 hingga 16 tahun, isu-isu yang diketengahkan boleh juga menyentuh kehidupan pembaca yang lebih dewasa.

Setiap cerita diakhiri dengan glosari dan soalan pencetus perbincangan untuk membawa pembaca remaja ke anjakan minda yang lebih luas.

Saiz : 8.5″ x 5.5″ (14cm by 21.5cm)
Jumlah Muka Surat : 114
Tarikh Terbit : Oktober 2021

11 in stock

Additional information

Weight 145 g
Dimensions 14 × 0.8 × 21 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “[Bundle] Pandemik & Vaksin”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

11 in stock