Mini Cart

[Bundle] Pokok Pisang, Perigi, dan Lepiong dan Cepiong (set 3 buku)

$36.00

Pokok Pisang: Kisah Todak Menyerang Singapura
Tulisan: Maria Mahat | Ilustrasi: Hamdan Ali

Daripada batang hinggalah jantungnya
Pokok pisang amat berguna
Setelah banyak kami bertanya
Tuk Ngah pun mula bercerita

Sepasang adik-beradik dari Singapura mengunjungi Tuk Ngah dan Nek Ngah mereka di Malaysia. Tuk Ngah membawa mereka ke kebun. Mereka melihat dan mengenali pokok pisang. Dari situ, Tuk Ngah pun bercerita suatu kisah dahulu kala apabila todak menyerang Singapura.

Perigi: Kisah Radin Mas Ayu
Tulisan: Maria Mahat | Ilustrasi: Hamdan Ali

Sambil kami bermandi-manda,
Nek Ngah pun mula bercerita,
Sebuah cerita dahulu kala..

Sepasang adik-beradik dari Singapura mengunjungi Tuk Ngah dan Nek Ngah mereka di Malaysia. Mereka bermain dengan lumpur. Nek Ngah pun membawa mereka ke perigi untuk membersihkan diri. Sambil bermandi-manda, Nek Ngah pun bercerita kisah Radin Mas Ayu.

Lepiong dan Cepiong Mencari Makan
Tulisan: Shahril Samri | Ilustrasi: Hamdan Ali

Inilah kisah dua beradik yang suka bersiar-siar.
Lepiong dan Cepiong merupakan sepasang kembar.
Seperti isi dengan kuku, Lepiong dan Cepiong
saling membantu…

Lepiong dan Cepiong terasa lapar.
Kemanakah harus mereka pergi untuk mencari makan dan minuman?
Piong! Piong! Piong!
Dari Kampong Gelam, ke Geylang Serai dan Lau Pa Sat,
Lepiong dan Cepiong mencari makan dan minuman yang lazat.

Saiz: 29.0 cm x 21.0 cm
Mukasurat: 24 satu buku
Kulit: Kulit Tipis (Paperback)
Terbitan:  29 May 2022

2 in stock

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “[Bundle] Pokok Pisang, Perigi, dan Lepiong dan Cepiong (set 3 buku)”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 in stock