Tulisan: Rilla Melati
Ilustrasi: Hairul Latiff

Samsudin pasti capal-capalnya akan terjual bila musim Hari Raya nanti. Orang ramai pasti memakai capal dengan baju Melayu bila pergi berjalan raya, bukan? Apabila tiba musim Ramadan, kedai Samsudin tetap lengang. Pelanggan yang masuk tetap tidak mahu membeli apa-apa.

“Capal awak sudah lapuk. Fesyen lama!”

Fesyen lama? Dapatkan Samsudin bertahan menjadi pembuat capal di zaman serba moden ini? Bolehkah dia terus menjalankan perniagaannya?