Mini Cart

Diari Belajar Luar Negara – Winter Edition

$9.00

Cerita oleh Nana Syazana & Shasya Ali

Lisa Hasnan mengimpikan kehidupan sempurna di Kota Cinta – kroisan di tangan, Eiffel Tower menjadi latar belakang, dan pengalaman luar negara yang penuh warna – itu semua Lisa impikan selepas SPM di MRSM Yan, Kedah. Tetapi realitinya? Jauh berbeza!

Dunia Lisa musnah sekelip mata apabila sebuah tragedi menggoncang Paris! Serangan bom di Disneyland menyebabkan Islamofobia meningkat, sahabatnya koma, dan Lisa mula hilang pegangan diri. Dalam ketakutan, Lisa mengambil keputusan besar – menanggalkan hijab. Namun, semakin dia cuba menyesuaikan diri, semakin hatinya terasa kosong. Dia tertanya, siapa dirinya yang sebenar?

Adakah Lisa berjaya mengharungi setiap cabaran atau kekal terhimpit dalam dunia yang gila?

Sebuah kisah perjalanan, ujian keimanan, dan keberanian memilih jalan yang benar. Musim sejuk Perancis menyaksikan segalanya – tangisan, kejatuhan, dan kebangkitan Lisa sebagai seorang Muslimah.

Saiz: 19cm x 12.7cm
Jumlah Muka Surat: 128
Tarikh Terbit: 2025
ISBN: 9786297687834

2 in stock

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

2 in stock