Mini Cart

Epok-epok

$13.00

Ditulis oleh Ilya Alias

Novel Kanak-kanak

Mengisahkan perjalanan hidup Kamsiah serta kembarnya, Kamal. Selepas ketiadaan ibu dan nenek, mereka tinggal dengan datuk yang bernama Wan Salleh. Manakala, bapa mereka membawa diri ke kota. Berlatarbelakangkan masyarakat kampung yang berbilang kaum dan agama, novel ini membawa pembaca menelusuri resam dan rencah anak-anak desa. Kamsiah merupakan seorang pelajar yang bijak. Kamal pula seorang adik yang sayang akan kakaknya. Kecintaan Kamsiah serta memori bersama-sama nenek telah mendorong Kamsiah untuk membuat epok-epok. Hasil jualan epok-epok digunakan sebagai wang tabungannya bersama-sama Kamal.

Novel ini merupakan sebuah novel yang ditulis dengan penuh santun dan dikelilingi oleh watak-watak kecil yang berjiwa besar untuk bacaan santai kanak-kanak.

Saiz: 18.5cm x 12.8cm
Jumlah Muka Surat: 156
Tarikh Terbit: 2023
ISBN: 9789834938703

6 in stock

Additional information

Weight 140 g
Dimensions 21 × 20.7 × 0.3 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

6 in stock