Mini Cart

Janganlah Marah

$4.50

Penulis: Era Ishak
Pelukis: Hanimism

Mama membawa Aryan dan Rania bergembira di taman hiburan. Siapa sahaja yang tidak teruja berada di situ? Ada pelbagai permainan yang menarik hati. Begitu juga dengan Aryan dan Rania. Mereka mahu bermain itu dan ini. Rumah hantu pun tidak terkecuali. Walaupun Mama tidak mahu, tetapi akhirnya terpaksa mengalah kerana Aryan dan Rania terus mengajak berkali-kali.

Tanpa disedari, mereka banyak meninggalkan Mama di taman hiburan. Berlari ke sana dan ke sini buatkan si wanita itu terkejar-kejar. Sebenarnya, Mama keletihan… cuma tidak diluahkan. Apabila pulang, tayar kereta pula pancit. Dalam keadaan hujan dan basah, Mama berusaha dapatkan bantuan. Pulang ke rumah, pasu bunga pula pecah. Arghhh! Semua kerja si Cacah, kucing si jiran sebelah. Mama akhirnya mula marah-marah.

Sebagai anak, apa yang perlu kita lakukan untuk meredakan perasaan ibu bapa yang sedang marah?

Saiz: 26cm x 21cm
Jumlah Muka Surat: 16
Tarikh Terbit: 2024
ISBN: 9789672865858

10 in stock

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

10 in stock