Mini Cart

New

Kelas Kesayangan Cikgu Kelas Istimewa

$9.00

Cerita oleh Sarah Sophia & Shasya Ali

Siri Bijak Empati

Citra, murid kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) yang berbadan kerdil. Dia rasa tidak sepadan dengan rakan-rakan istimewanya yana lain. Sudahlah kelas mereka seumpama kelas buangan, langsung tidak dipandang!

Mujur Cikgu Nurin selaku guru kelas sentiasa memberi suntikan motivasi. Malah sentiasa menyampaikan kaedah pembelajaran terbaik buat kelas PPKI. Satu hari, arahan diterima daripada pihak atasan untuk kelas mereka menyertai Pertandingan Reka Cipta Teknologi Inklusif. Guru-guru kelas PPKI menyahut cabaran dengan yakin.

11 murid istimewa

Tiga guru berhati wira.

Satu projek besar yang akan mengubah segalanya.

Dalam usaha Cikgu Nurin untuk memberikan sinar baharu buat anak-anak murid istimewanya, dugaan datang tiba-tiba. Cikgu Nurin digantung tugas atas sebab melanggar tatacara keselamatan.

Projek Kotak Bijak tergendala. Citra dan rakan sekelas hilang semangat Guru-guru pula hampir putus asa. Dunia mereka seakan runtuh tiba-tiba! Namun, anak-anak istimewa ini tidak mahu berdiam diri. Mereka bangkit dengan keberanian, merakam suara hati dan menyebarkannya ke seluruh negara.

Mampukah mereka membawa pulang cikgu kesayangan semua? Bagaimana dengan Projek Kotak Bijak yang menjadi harapan seluruh kelas? Benarlah, membaca kisah ini buatkan kita semua menyedari bahawa mengajar kelas PPKI bukan untuk semua orang. Hanya yang berjiwa kental dan sabar tidak bertepi mampu bertahan.

Saiz: 19cm x 12.7cm
Jumlah Muka Surat: 114
Tarikh Terbit: 2026
ISBN: 9786297914985

4 in stock

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

4 in stock