Mini Cart

(Komik) Misteri Pelajar Baru

$9.00

Cerita oleh Ardone

Ada pelajar baru? Ya, baru mendaftar di kelas tingkatan 1 Beta. Pelajar perempuan itu bernama Nurain, dari bandar berpindah ke sekolah kampung Cantik dan tinggi orangnya, putih kulitnya namun kadang tampak pucat semacam.

Nurain tidak bersikap mesra, tidak juga banyak bercakap. Ramai pelajar perempuan cemburu akan kecantikannya, mula berbisik-bisik mengata. Zaki selaku pengawas dan juga rakan karib Zura turut mengajak Nurain si pelajar baru yang pendiam itu menyertai Kelab Seni.

Zura jadi iri hati melihat Zaki dan pelajar-pelajar lelaki lain şeakan terlalu mahu mendekati si pelajar baru. Kawan Zura berkata sambil berseloroh, “Entah-entah pelajar baru, pakai susuk… sebab itulah ramai jatuh suka!”

Zura mengambil serius kata-kata tersebut. Malah memang Zura mengesyaki Nurain kerana perwatakannya yang misteri.

Benarkah ada sesuatu yang pelik di sebalik susuk tubuh bernama Nurain? Apa rahsianya? Baca komik ini bagi mengetahui rungkaian misteri. Sambil-sambil boleh membaca juga tip bagaimana mahu menyesuaikan diri di sekolah baru ya!

Saiz: 20.3cm x 14cm
Jumlah Muka Surat: 124
Tarikh Terbit: 2025
ISBN: 9786297687506

7 in stock

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

7 in stock