Mini Cart

(Komik) Misteri Pulau Zombie

$9.00

Karya Ardone

Khai, obses dengan telefon pintar… telah dipaksa duduk di kampung ketika cuti sekolah. Baginya keadaan itu sungguh membosankan! Tambah-tambah lagi, talian internet selalu terputus-putus. Itulah kelaziman apabila berada di ceruk pelosok yang jauh daripada kemodenan manusia.

Mujur Khai bertemu kawan baru… dua orang budak kampung yang mengajarnya membuat permainan menggunakan bahan sedia ada. Khai mula berasa seronok dan semakin dapat menyesuaikan diri dengan situasi baru.

Namun keseronakan hanyalah sementara, keadaan jadi kecoh apabila ada penduduk diganggu pontianak yang muncul secara tiba-tiba di tanah pusaka milik nenek Khai. Neneknya dituduh membela pontianak… seluruh keluarga dikatakan mempunyai ilmu hitam.

Oleh kerana pontianak semakin mengganas… Khai mengajak dua orang kawannya agar turut sama memburu si hantu itu. Berlaku beberapa pembongkaran… tidak sangka ada misteri yang begitu mengejutkan!

Saiz: 20.4cm x 14cm
Jumlah Muka Surat: 124
Tarikh Terbit: 2025
ISBN: 9786297687520

4 in stock

Additional information

Weight 116 g

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

4 in stock