$10.00
Cerita oleh Syed Azharul Asriq
Pada akhir kurun ke-14 berlaku pergolakan dalam kerajaan Palembang akibat ancaman daripada Empayar Majapahit. Pengasasnya, seorang raja bernama Parameswara enggan tunduk kepada Majapahit dan ingin membebaskan Palembang. Hal ini berikutan Parameswara dianggap pewaris sebenar kerajaan Sriwijaya yang menguasai Nusantara.
Namun tindakan Parameswara menyebabkan kemarahan oleh Empayar Majapahit. Parameswara berundur mencari tempat baharu untuk dijadikan negeri. Banyak cabaran dan kejadian yang ditempuhi oleh Parameswara untuk mendirikan kerajaan pemerintahannya sehinggalah tiba di Melaka.
Semasa Parameswara berehat di bawah teduhan pohon Melaka, baginda menyaksikan peristiwa luar biasa iaitu seekor pelanduk putih yang kecil menendang anjing pengiringnya. Peristiwa ini meyakinkan Parameswara membuka pemerintahan baharu di Melaka.
Komik Parameswara 1 Bangkit Demi Legasi memuatkan permulaan kerajaan Melaka yang menjadi titik penting dalam sejarah Nusantara.
Saiz : 21cm x 14.7cm
Jumlah Muka Surat: 102
Tarikh Terbit: 2025
2 in stock
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
2 in stock
Reviews
There are no reviews yet.