Mini Cart

(Komik) Parameswara 2 Raja Penakluk Selat

$10.00

Cerita oleh Syed Azharul Asriq

Setelah berjaya membuka negeri baharu yang diberi nama Melaka pada tahun 1400, Parameswara mula mengatur strategi untuk menjadikan Melaka sebuah empayar perdagangan yang maju dan masyhur. Baginda bijak mengenal pasti potensi lokai strategik Melaka di Selat Melaka. Selain menjadi laluan utama perdagangan antara timur dan barat, kedudukan Melaka juga terlindung daripada angin monsun serta bukit yang tinggi menghadap laut sesuai dijadikan kota pertahanan.

Bagi menggalakkan kedatangan pedagang dari pelbagai negara pula, Parameswara membangunkan infrastruktur pelabuhan yang cekap serta memastikan keselamatan perdagangan bebas daripada ancaman lanun.

Selain itu, kegemilangan Empayar China di timur telah menarik minat Parameswara untuk menjalin hubungan diplomatik dengan negara itu. Perlindungan dan jaminan keselamatan yang diberikan oleh Empayar China menyebabkan pedagang asing semakin percaya terhadap kestabilan politik Melaka.

Saiz : 21cm x 14.7cm

Jumlah Muka Surat: 102

Tarikh Terbit: 2025

2 in stock

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

2 in stock