Mini Cart

Miss Dandelion

$9.00

Cerita oleh Ejart14

Tidak pernah gagal. Tidak pernah kalah. Tidak pernah kecundang. Amna, pelajar yang sempurna dalam segala-galanya. Perfect and multi-talented. Namun, satu episod duka di dewan sekolah telah mencetuskan sebuah kekalahan yang sukar untuk diterima. Tanpa diminta, satu demi satu ujian dunia pula datang menimpa dirinya yang masih muda remaja.

Hidup dalam pelbagai sulaman kejayaan, membuatkan Amna sukar untuk menerima apa jua bentuk kesilapan sendiri, sehingga membuatkan gadis itu menyakiti diri dan orang sekeliling tanpa disedari. Khairi, si abang yang berusaha untuk memulihkan situasi keluarga mereka turut menerima satu tamparan realiti.

Hadirnya insan-insan kiriman Tuhan, untuk membantu menyembuhkan Amna daripada terus berperang dalam gelumang emosi. Adakah masih wujud harapan untuk Amna menebus kesilapan lalu? Mampukah dia kembali dilihat sempurna di hadapan mata-mata yang kecewa? Apa pula perkaitan dandelion dengan masalah hidup yang menimpa?

Saiz: 19cm x 11.8cm
Jumlah Muka Surat: 128
Tarikh Terbit: 2023
ISBN: 9789673697571

6 in stock

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

6 in stock