Mini Cart

Misteri Kampung Bergelap

$10.00

Cerita oleh : My Roslan

Siri Penyiasat Cilik

Bekalan elektrik yang terputus hingga beberapa hari membuatkan sekalian warga Kampung Parit Ketumbit resah gelisah. Begitu juga dengan Pak Dolloh yang turut risau kerana perasmian dewan baharu hanya tinggal beberapa hari lagi. Dalam kegelapan malam, banyak pula masalah yang timbul. Cikgu Saman yang ditugaskan menjaga barang-barang di dewan telah diganggu oleh sesuatu yang sangat menakutkan. Jidin Jambul pula nyaris kemalangan, manakala Wak Ketot pula nampaknya tidak senang duduk apabila benda penting dirumahnya turut hilang.

Di sekolah, berlaku juga kecurian. Perkara-perkara misteri yang tidak ketahuan punca ini menyebabkan Indra dan rakan-rakannya turut pening kepala. Nampaknya, mereka terpaksa berbuat sesuatu. Ya, mereka perlu menyiasat! Maka bermulalah siri penyiasatan tiga sekawan yang sangat mencabar dan penuh dengan kejutan sehingga hampir-hampir membuatkan jantung mereka luruh.

Dapatkah Indra dan kawan-kawannya menyelesaikan segala masalah yang melanda kampung mereka dalam keadaan bergelap? Dan, sempatkah Pak Dolloh dan sekalian penduduk kampung membuat persiapan sebelum majlis perasmian dewan mereka? Sedangkan mereka tidak mempunyai banyak masa.

Saiz : 19cm x 12.5cm
Jumlah Muka surat : 208
Tarikh Terbit : 2022

1 in stock

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Misteri Kampung Bergelap”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 in stock