Mini Cart

Misteri Kesan Calar

$10.00

Cerita oleh : My Roslan

Siri Penyiasat Cilik

Kampung Parit Ketumbit gempar apabila beberapa penduduknya diganggu oleh makhluk ganas yang berkuku tajam. Makhluk yang tidak diketahui asal usulnya itu berkeliaran tatkala malam menjelma. Bunyi rengekan yang halus serta nyaring, bersama kesan-kesan cakar yang ditinggalkan di merata tempat, sudah cukup membuatkan seluruh penduduk kampung berada dalam ketakutan. Ramai yang berteka-teki, kemungkinan ia adalah anjing liar, kelawar gergasi, atau serigala hutan. Lebih menggerunkan, ada juga yang mengatakan ia bukan makhluk sembarangan. Ia makhluk jadi-jadian! Indra, Kuppan, dan Cha juga tidak terkecuali pernah berhadapan dengan makhluk ganas itu apabila perkhemahan mereka diganggu oleh kesan cakar dan bunyi-bunyi yang menyeramkan. Ini membuatkan mereka menggeletar dan trauma.

Dalam keadaan takut, mereka tetap juga bersemangat untuk menjalankan siasatan dan merungkai tentang makhluk misteri itu. Nampaknya, banyak misteri yang perlu dirungkai oleh mereka bertiga sebelum keadaan menjadi lebih buruk. Sedangkan mereka juga benar-benar dalam ketakutan.

Saiz : 19cm x 12.5cm
Jumlah Muka surat : 103
Tarikh Terbit : 2022

2 in stock

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Misteri Kesan Calar”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

2 in stock