$9.00
Cerita oleh Ain Maisarah dan Nur Khairiah
Obsesinya juga telah menyebabkan prestasi akademik Ayda merosot. Keputusan ujian tidak memuaskan, lalu Cikgu Haizi meminta Bettylina menjadi teman ulangkaji dalam sesi peer study. Ibu Ayda juga menjalankan sekatan di rumah. Tiada lagi perbelanjaan bulanan, buku-buku disita, telefon bimbit dan komputer riba turut diharamkan penggunaan.
Tambah kronik, satu insiden buruk telah berlaku apabila Ayda dituduh secara membuta tuli. Dikatakan mencuri buku perpustakaan sekolah, demi memuaskan nafsu membaca yang tidak boleh dibendung lagi! Ayda kesal kerana sifat ‘hantu buku’ itu telah memakan diri. Hanya Betty yang percaya Ayda tidak bersalah, lalu setia bersama menyelesaikan masalah. Ayda mesti menyelesaikan konflik, hantu buku mesti berubah jadi heroin buku. Mampukah itu berlaku? Baca segalanya dalam OMG! Gila Buku!
Saiz : 19cm x 12.7cm
Jumlah Muka surat : 120
Tarikh Terbit : 2020
9 in stock
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
9 in stock
Reviews
There are no reviews yet.