$60.00
Editor: Ninot Aziz, Nasirin Abdillah, Ani Mohd
Penglipur Lara bertujuan menanamkan rasa kasih sayang dan kebanggaan serta membantu penulis dari pelbagai negara dan pembaca saling memahami kekayaan hikayat serantau.
Projek ini tidak hanya melestarikan warisan sejarah, seni, dan budaya, tetapi juga memperkukuhkan pemahaman dan ikatan kekeluargaan di kalangan masyarakat Asia Tenggara. Melalui usaha penulisan dan penerbitan ini, kesedaran terhadap keunikan budaya Asia Tenggara dipertingkatkan, sekaligus merangsang pertumbuhan sektor kebudayaan dan pelancongan di rantau ini.
Antaranya, penulis dari Malaysia disertai penulis Indonesia, Filipina, Myanmar, dan Singapura termasuk:
Ani Omar, Awan Wafdan, Arian Tejano, Dayangku Mastura, Faridah Noor Mohd Noor, @Imam Qalyubi, Minah Sintian, Makmur Harun, Mahyudin Al-Mudra, Maria Mahat, Muhammad Hj Salleh, Nasirin Abdillah, Ninot Aziz, Norjietta Julita Taisin,Walid Muhammad S SnDani Warguideiri, Robeʼah Yusuf, Saindim Sadah, Walfred Anak Basin
Book Cover by Walid Muhammad.
Illustrations by Walid Muhammad and Dani Warguide
Sebenarnya, antologi Penglipurlara ini adalah cetusan ilham dari Pengasas Persatuan Sastera Lisan, Prof Emeritus Dr Muhammad Hj Salleh. Tugas untuk mengumpul cerita lisan tanah air diterajui oleh Dr Mohamad Luthfi Abdul Rahman dan Puan Dayang Mastura sejak 2020. Hari ini tugas ini diteruskan oleh Ahli Jawatan kuasa PERSALINA terbaru yang menemubual pengumpul cerita seluruh negara. Pada tahun ini, persatuan telah memperhebatkan usaha mengumpul kisah cerita rakyat serantau pula menghubungi rakan sastera negara jiran sehingga terhasil antologi teristimewa ini.
Saiz : 22.8cm x 15cm
Jumlah Muka surat : 279
Tarikh Terbit : 2025
7 in stock
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
7 in stock
Reviews
There are no reviews yet.