Mini Cart

Petrichor

$15.00

Cerita oleh Nurul Syahida

Ketika Sameera terima Ishaak menjadi teman lelakinya di usia 17 tahun, dia sedikit pun tidak menyangka pemuda kurus kering itu suatu hari akan menjadi Haque Zuhal. Bintang pujaan ramai yang lagu-lagunya akan berkumandang di corong radio, yang dramanya dimainkan di televisyen dan wajahnya akan menghiasi papan-papan iklan di lebuh raya.

Jadi, apabila Haque jatuh cinta dengan wanita lain dan membuat keputusan hubungan mereka harus putus ketika dia berusia 35 tahun, Sameera harus berhadapan dengan banyak cabaran yang menjengkelkan. Cabaran daripada para netizen yang banyak spekulasi, tumpuan umum yang tak dikehendaki dan terpaksa berhadapan wajah dan suara Haque yang tertampal dan berkumandang di merata tempat.

Dalam usahanya untuk mencari maksud hidup, Sameera harus menghadapi pelbagai jenis manusia termasuk Jamie, yang punya sejarah hitamnya sendiri. Sejarah hitam itu yang turut mengubah hidup Sameera.

Saiz: 18.5cm x 11.5cm
Jumlah Muka Surat: 460
Tarikh Terbit: 2024
ISBN: 9789672858119

2 in stock

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

2 in stock