Mini Cart

New

Projek Hero Vol. 7 Misi Selamatkan Oppa

$13.00

Karya Azanil Fitri

Kumpulan Jahatnya Orang Itu (JOI) kini dilanda masalah kewangan, sampaikan kereta pun ditarik oleh pihak bank! Bagi menyelesaikan masalah tersebut, anggota kumpulan JOI iaitu Lady Jajan (bukan Lady Gaga ya!) diarahkan mengutip dana. Misi tersebut dibantu dengan formulasi sejenis minyak wangi yang dipanggil Gegirl de Gediks. Maka bertukarlah Lady Jajan menjadi Pengemis Gedik.

Kini Pengemis Gedik mula menjalankan misi. Setiap lelaki yang dijumpai, pasti dipukau dan dikikis duit hingga kering poket. Menjelajah ke segenap bandar, Pengemis Gedik akhirnya tiba di Sri Bangsar dan menggedik pada tahap maksima.

Sri Bangsar bertambah gempar apabila seorang pelakon popular, Hun Haqeemi hilang. Rupa-rupanya pelakon tersebut diculik oleh Lady Jajan bagi menuntut wang tebusan. Skuad Hero Sri Bangsar mesti menyiasat dan menyelesaikan kes ini!

Pada masa yang sama, Gadis Bintang mempunyai masalah peribadi apabila kehadiran guru praktikal, Cikgu Trisha telah membuat ayahnya, Cikgu Aziz berperangai pelik. Dia mengesyaki ayahnya mahu berkahwin lagi. Mampukah Gadis Bintang menyelesaikan segalanya, pada kala Pengemis Gedik begitu mengganas dan berleluasa?

Saiz: 19cm x 12.5cm
Jumlah Muka Surat: 242
Tarikh Terbit: 2026
ISBN: 9786297964157

2 in stock

Additional information

Weight 116 g

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

2 in stock