Ditulis oleh Antoine De Saint-Exupery

Terjemahan oleh Ezzah Mahmud

Putera Cilik (Le Petit Prince) adalah antara karya yang paling banyak dicetak di dunia dan ini merupakan terjemahan pertama dalam Bahasa Melayu pada tahun 2015.

Ini adalah karya klasik yang telah diterbit dalam bahasa asalnya iaitu bahasa Perancis pada tahun 1943. Karya ini menceritakan tentang kisah seorang juruterbang yang terhempas di padang pasir dan dia telah berjumpa dengan seorang putera cilik di padang pasir itu. Mereka telah menjadi kawan baik pada awalnya dan semakin lama juruterbang semakin tertekan dan mereka telah bergaduh. Namun begitu, mereka telah berbaik semula setelah juruterbang merasa kesepian di padang pasir. Putera Cilik telah mengajar juruterbang banyak perkara tentang kehidupan dan pengembaraan Putera Cilik ke bumi sememangnya sangat mencabar.