$9.00
Cerita oleh Ain Maisarah & Shasya Ali
Selfie, ia budaya trend terkini. Pegang kamera, ambil gambar sendiri pada jarak dekat, muncung-muncung bibir biar nampak comel sangat. Itulah makna selfie – gaya yang melanda dunia bagaikan tsunami. Airin juga terkena penyakit selfie.
Malah setiap gambar yang dimuat naik ke media sosial, hanyalah kerana mahu menunjuk muka manis berseri dan mata yang berkelip bak patung Barbie. Penyakit Airin tambah kronik apabila melihat sahabat sendiri iaitu Haness makin popular di TikTok dan Instagram.
Haness popular kerana memberi tip fesyen muslimah. Pengikut Haness makin bertambah, buatkan Airin jadi membara. Lalu dia berikrar mahu jadi lebih terkenal melalui aktiviti kegemarannya iaitu selfie. Airin mahu jadi ratu selfie. Airin mahu jadi Selfiestar!
Namun cita-cita itu buatkan dirinya semakin terasing. Airin the selfie addict is now becoming so selfish! Adakah sanggup punya peminat yang ramai di alam maya, tetapi tiada teman langsung di alam realiti yang nyata? Adakah itu harga yang perlu dibayar olehnya?
Ikuti kisah ini dan jangan lupa bergambar selfie dengan novel ini!
Saiz: 19cm x 12.7cm
Jumlah Muka Surat: 123
Tarikh Terbit: 2025
ISBN: 9789672865827
Out of stock
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
Out of stock
Reviews
There are no reviews yet.