$125.00
Ditulis oleh Maria Mahat
Diilustrasi oleh Wafiq Sehat
Siri Kawan Haiwan Buku Besar mengandungi 5 judul:
1) Ayam ke Kebun Anggur
2) Itik Ingin Terbang
3) Ulat yang Unik
4) Orang Utan dan Oren Besar
5) Enggang yang Sangat Lapar
Siri ini ditulis khas untuk memperkenalkan Fonik Bahasa Melayu menerusi cerita yang menarik. Setiap judul akan memperkenalkan salah satu huruf dan bunyi vokal a, i, u, o atau e, watak haiwan yang telah direka khas, bunyi huruf utama, dan juga huruf sampingan.
Walaupun alur ceritanya mudah, ia dapat memancing minat pelajar yang baru bermesra dengan bahasa Melayu dengan kosa kata yang berulang serta pengakhiran cerita yang memuaskan. Setiap cerita disemai dengan nilai-nilai murni dan universal seperti berbuat baik, bergotong-royong, bantu-membantu, sifat prihatin, sifat kesedaran diri, sifat empati, berimpian tinggi, keyakinan diri, harga diri dan menjaga kesihatan diri.
Di akhir cerita, terdapat kosa kata yang bermula atau berbunyi dengan huruf vokal serta beberapa kosa kata daripada buku untuk kefahaman dan pengukuhan kanak-kanak.
Siri ini sesuai digunakan di dalam kelas bilik darjah prasekolah hingga ke darjah 1. Ia boleh digunakan sebagai bacaan lantang (read aloud), pendekatan membaca bersama (shared book approach) dan pembacaan dialogik (dialogic reading).
Untuk meggalakkan pertuturan, kefahaman dan pengukuhan dalam Bahasa Melayu, kanak-kanak boleh diajak memegang watak-watak haiwan di dalam buku dan memainkan peranan dengan mendramakan cerita tersebut.
Untuk menggalakkan perkenalan bunyi huruf (fonik Bahasa Melayu) dan pembacaan, kosa kata di akhir buku boleh dicetak dan digunakan dalam pelbagai aktiviti literasi dengan pelajar.
Saiz : 29.7cm x 42cm (A3)
Jumlah Muka Surat : 24 pp each book x 5
Tarikh Terbit : 2024
Nota: Siri Kawan Haiwan Buku Besar dijual dalam satu set lima buku dan tidak dijual secara berasingan.
94 in stock
| Weight | 116 g |
|---|
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
94 in stock
Reviews
There are no reviews yet.