Mini Cart

Snow White – Dendam Cermin Beracun

$9.00

Karya Azanil Fitri

Siri Benang Merah Dongeng Berdarah

Kes 2

Selepas kes Cinderella yang masih menghantui fikiran, penyiasat bebas Ariel Mikael kembali ditarik masuk ke dalam dunia glamor yang penuh rahsia.

Kali ini, mangsanya ialah Mira Cleona, influencer kecantikan terkenal. Dia rebah di hadapan cermin tidak lama selepas sesi pelancaran serum pencerah kulit yang dinanti-nantikan para pengikutnya. Laporan awal menyebut punca kematian adalah reaksi produk. Netizen mula menghukum di ruangan komen. Syarikat kosmetik panik. Dunia kecantikan bergoncang.

Ariel menemui satu akaun misteri yang sentiasa muncul di ruangan komen akaun media sosial Mira. @PrinceApple, nama yang mengingatkannya kepada sebiji epal beracun seperti kisah Snow White dalam dongeng klasik.

Semakin jauh dia menyiasat, semakin jelas benang merah dari kes pertama mula bersilang dengan kematian Mira Cleona. Cinderella dan Snow White berkongsi corak yang sama. Kedua-duanya mati ketika bulan purnama.

Adakah ini hanya tragedi dunia glamor yang tersalah langkah atau ini sebenarnya cerita kedua yang sedang disusun teliti oleh seseorang yang hanya dikenali sebagai Ratu? Di papan penyiasatan Ariel, nama CINDERELLA sudah tertulis dengan pen merah. Kini, satu lagi nama menyusul: SNOW WHITE.

Dongeng berdarah belum sampai ke penghujung.

Saiz: 20.4cm x 14cm
Jumlah Muka Surat: 114
Tarikh Terbit: 2026
ISBN: 9786297914626

2 in stock

Additional information

Weight 116 g

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

2 in stock