$9.00
Cerita oleh Nurin Amani & Shasya Ali
Di sebalik dunia glamor Sekolah Zara Damansara, empat gadis dengan personaliti berbeza dipertemukan dalam satu program orientasi yang mengubah segalanya. Amanda, si ratu drama yang dahagakan perhatian. Bibiana yang berani, Aliz si jelita berbakat, dan Qalisya yang lembut namun penuh strategi. Dari sekadar kenalan, mereka membina ikatan yang luar biasa, lalu menamakan diri mereka Slay Genz. Bersama, mereka menawan dunia media sosial dan mencipta nama yang menjadi sebutan.
Namun di sebalik sorotan kamera dan tawa yang dikongsi, tersembunyi rahsia yang perlahan-lahan menghakis kepercayaan. Amanda menyimpan luka lama yang tidak pernah sembuh, dan apabila populariti mula menguji kesetiaan, retakan dalam persahabatan mereka semakin jelas.
Kemunculan Lisha, si genius yang sering dipinggirkan, mengubah segalanya – membawa harapan, tetapi juga konflik yang tidak dijangka. Apabila kejujuran dipersoal dan kepercayaan mula goyah, mampukah mereka bertahan sebagai satu?
Teman, Ini Cerita Kita… Sebuah kisah tentang persahabatan, luka yang tersembunyi, dan perjalanan mencari makna sebenar menjadi diri sendiri kerana kadangkala, teman adalah cermin paling jujur bagi hati yang rapuh.
Saiz: 19cm x 12.7cm
Jumlah Muka Surat: 111
Tarikh Terbit: 2026
ISBN: 9786297914831
4 in stock
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
4 in stock
Reviews
There are no reviews yet.