$4.50
Penulis: Ain Maisarah
Pelukis: Danial Haikal
Siri Teroka
Adani, Adam, dan Qalif menyertai rombongan sekolah ke Gua Tempurung, gua batu kapur yang terkenal di Perak. Mereka teruja melihat sendiri stalaktit dan stalagmit, dua keajaiban alam yang terbentuk daripada titisan air mineral selama ribuan tahun.
Pada mulanya, semua penuh semangat. Menyuluh dinding gua yang berkilau, mendengar titisan air yang bergema, dan mengagumi bentuk batu yang aneh. Namun, pengembaraan bertukar mendebarkan apabila lampu suluh Adam tiba-tiba padam, dan mereka seketika terperangkap dalam kegelapan. Keadaan makin cemas apabila bunyi kepak kelawar bergema, membuatkan hati berdegup laju.
Kemudian ada suara angin misteri kedengaran seperti tangisan, sehingga disangka hantu oleh murid-murid. Syukurlah, dengan bimbingan Cikgu Nur, mereka belajar menenangkan diri, bekerjasama, dan menyedari bahawa semua fenomena itu ada penjelasan sains.
Saiz: 26cm x 21cm
Jumlah Muka Surat: 16
Tarikh Terbit: 2026
ISBN: 9786297881645
6 in stock
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
6 in stock
Reviews
There are no reviews yet.