Mini Cart

New

Ahli Alkimia

$17.00

Tulisan : Paulo Coelho
Penterjemah : Hasri Hassan
Kata Pengantar : Dr Maszlee Malik

ISBN: 9789671897614
Tahun Terbitan: 2021
Muka Surat: 248
Halaman: Hitam Putih
Format: Paperback

SINOPSIS

“PAULO COELHO TAHU TENTANG RAHSIA KEAJAIBAN DALAM KESUSASTERAAN”
– Kenzaburo Oe, pemenang Hadiah Nobel untuk Kesusasteraan-

“Satu-satunya tanggungjawab manusia ialah untuk merealisasikan takdirnya.”

Novel Ahli Alkimia, karya Paulo Coelho ini berjaya memikat berjuta-juta pembaca di seluruh dunia. Ceritanya ringkas tetapi penuh dengan kebijaksanaan. Ia mengisahkan seorang budak pengembala dari Andalusia bernama Santiago yang telah merantau dari tempat kelahirannya di Sepanyol menuju ke Afrika Utara untuk mencari harta karun yang tertanam dekat Kawasan Piramid, Mesir.

Di sepanjang pengembaraannya, dia telah bertemu dengan seorang wanita Gipsi yang bijak menilik, seorang lelaki yang mengakui dirinya sebagai seorang raja dan juga seorang ahli alkimia yang membantu Santiago dalam kembara pencariannya.

Namun begitu, tiada siapa tahu apakah sebenarnya harta karun itu dan adakah Santiago berjaya dalam misinya mengatasi halangan demi halangan di sepanjang perjalanannya di padang pasir yang luas itu.

Apa yang bermula sebagai sebuah pengembaraan seorang anak muda menerokai tempat-tempat eksotik dan pencarian kekayaan dunia telah bertukar menjadi sebuah pengembaraan mencari harta yang hanya boleh didapati dalam dirinya sendiri.

Cerita ini membangkitkan semangat, kaya dengan nasihat dan amat manusiawi. Cerita Santiago ini adalah sebuah hakikat pasti bahawa manusia perlu mempercayai mimpi dan sudi mendengar kata hatinya sendiri.

10 in stock

Additional information

Weight 500 g
Dimensions 26 × 22.5 × 1.5 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Ahli Alkimia”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

10 in stock