Mini Cart

[YA] Himpunan Sajak : Suara Dalam

(1 customer review)

$15.00

Suara Dalam, karya Hamed Ismail

Himpunan sajak Suara Dalam merupakan kumpulan pertama penyair Hamed Ismail. Ia dihimpunkan sejumlah hasil karya yang dicipta dalam tempoh 37 tahun, satu jangka waktu relatif panjang dalam perjalanan kreatif seorang penyair. Hamed Ismail memperlihatkan ketekunannya yang luar bahasa apabila memilih dengan teliti sejumlah 77 buah karya untuk dimuatkan dalam kumpulan ini.

——-

Hamed Ismail, lahir 18 Mei 1948, merupakan seorang penulis bebas.

Sebagai mantan Penyelia Kanan Skrip TV Eaglevision, beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam penghasilan skrip drama televisyen. Beliau juga menjadi penceramah, pakar rujuk dan pembimbing kursus serta bengkel-bengkel berkaitan subjeck penulisan skrip drama. Sumbangan besar beliau dalam dunia persuratan Singapura termasuk menghasilkan skrip radio, televisyen, pentas selain puisi, cerpen dan esei. Antologi kumpulan puisi beliau berjudul Tafsiran Tiga Alam (2015) bersama Hartinah Ahmad dan Samsudin Said telah memenangi Anugerah Persuratan 2017. Beliau juga pernah meraih anugerah Hadiah Pena Emas (puisi dan cerpen) dan beberapa Hadiah Persuratan Singapura yang lain.

Bahasa Melayu  | Kulit Lembut (Paperback)

 

1 in stock

1 review for [YA] Himpunan Sajak : Suara Dalam

  1. Hamed Ismail

    Sedikit pembetulan. Antologi kumpulan puisi beliau berjudul Tafsiran Tiga Alam (2015) bersama Hartinah Ahmad dan Samsudin Said telah memenangi Hadiah Persuratan. Bukan Suara Dalam yang telah dimasukkan dalam senarai pendek untuk Hadiah Sastera Singapura.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

1 in stock