Mini Cart

New

Ayah Saya Rindu

$9.00

Cerita oleh Nurin Amani & Shasya Ali

Malam yang sepatutnya tenang bertukar menjadi mimpi ngeri buat Bilal apabila ayahnya, Ustaz Harraz Ismaheel, ditangkap polis atas tuduhan membunuh seorang pelajar tahfiz. Beberapa bulan kemudian, mahkamah menjatuhkan hukuman paling berat iaitu gantung sampai mati.

Sejak hari itu, hidup Bilal tidak lagi sama. Dia bukan sahaja kehilangan seorang ayah, malah terpaksa rmenanggung gelaran ‘anak pembunuh’ yang dilemparkan oleh masyarakat. Pandangan sinis, bisikan belakang, dan kata-kata tajam menjadi bayang-bayang yang sentiasa mengekori hidupnya.

Namun jauh di sudut hati, Bilal tetap yakin ayahnya tidak bersalah. Segalanya berubah apabila satu pelajaran Sejarah di sekolah secara tidak sengaja membuka kembali kisah hitam yang cuba dilupakan. Soalan demi soalan mula bermain di fikirannya. Bagaimana jika kebenaran sebenar tidak pernah didedahkan?

Berbekalkan keberanian yang masih tersisa dan rindu yang tidak pernah padam, Bilal nekad mencari jawapan. Tetapi mampukah seorang anak membongkar kebenaran di sebalik kes yang telah pun ditutup?

Atau benarkah dunia ini tidak selalu berpihak kepada mereka yang tidak bersalah?

Saiz: 19cm x 12.7cm
Jumlah Muka Surat: 111
Tarikh Terbit: 2026
ISBN: 9786297881782

4 in stock

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

4 in stock