Mini Cart

Bebas: Antologi Fiksyen Remaja

$15.00

Bebas: Antologi Fiksyen Remaja ialah pelengkap siri ketiga yang memuatkan 10 karya daripada penulis-penulis tanah air dengan tema-tema yang lebih bebas, yang tidak semestinya bersangkut-paut dengan isu Covid-19. Dengan bermulanya fasa warganegara Singapura menjalani kehidupan dalam suasana endemik, pasti keadaan lebih bebas daripada waktu bermulanya penularan Covid-19.

Karya-karya yang dimuatkan di dalam Bebas: Antologi Fiksyen Remaja beranggaran 400 hingga 2000 patah perkataan untuk pembaca remaja yang sudah bersedia untuk mengembangkan kosa kata, tatabahasa dan pemikiran mereka dalam bahasa Melayu.

Isu-isu yang diketengahkan dalam 10 karya ini bertemakan konflik sesama remaja dan keluarga seperti keyakinan diri (Berani Bersuara, Atiqah Zulkiflie), persahabatan dan pertelingkahan antara rakan sebaya (Pantang Dicabar!, Junaidah Baharawi), mengenal erti sepasukan (Tewas, Maria Mahat) dan cabaran penuaan di dalam keluarga (Cerah Selepas Kelam, Nur-El-Hudaa Jaffar). Selain konflik remaja, isu-isu sosial yang masih lagi bergelumang dalam masyarakat kita yang jarang diceritakan tetapi memerlukan perbincangan dan bimbingan (Sumbang, Umi Khamsa; Samseng, Kiambang Mas) dan dunia media sosial (Kepompong, Siti Marina Ajmain) untuk mengajak pembaca berfikir bersama-sama bagi mencari huraian, keadilan dan penyelesaian masalah.

Sebagai pendedahan minda kepada penulisan kreatif dan imaginatif, kami juga memuatkan cereka unsur detektif (Badut Jahat, Atikah Hakim), fiksyen sains (Janji Cakerawala, Zahra Alsagoff) dan fantasi (Oh, Tuxedo, Rubiyah Ghavs).

Setiap cerita diakhiri dengan glosari dan soalan pencetus perbincangan untuk membawa pembaca remaja ke anjakan minda yang lebih luas.

Saiz : 21.5 cm by 14 cm
Jumlah Muka Surat : 128
Tarikh Terbit : November 2022
Tarikh Pelancaran: 6 November 2022

108 in stock

Additional information

Weight 145 g
Dimensions 21.5 × 14 × 0.5 cm

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

108 in stock