Mini Cart

Cinderella – Tragedi Kasut Kaca

$9.00

Karya Azanil Fitri

Siri Benang Merah Dongeng Berdarah

Kes 1

Pertandingan realiti Puteri Purnama menjadi pintu impian Lisa Melissa. Dari anak yatim akhirnya dinobatkan sebagai juara. Gaun putih, mahkota berkilau dan sepasang kasut kaca bercahaya menjadikan malam itu kelihatan sempurna… sehinggalah Lisa dikatakan terjatuh di kaki tangga hotel hingga meragut nyawa.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut. Namun istilah itu mengganggu fikiran penyiasat bebas, Ariel Mikael. Kerana baginya jawapan itu seakan mudah diberi untuk sebuah tragedi yang menyayat hati.

Benarkah Lisa terjatuh sendiri? Jika benar, bermakna kasut kaca yang menjadi kemegahan telah menjadi senjata yang memakan diri atau ada seseorang yang menjadi dalang dan berjaya sembunyi diri? Kebenaran harus digali dan maklumat perlu diteliti hingga ditemui jawapan pasti.

Dalam mencari petunjuk, Ariel mula sedar dia bukan sekadar menyiasat kematian seorang juara rancangan realiti tetapi sedang menarik benang merah yang menghubungkan dunia glamor, obsesi kecantikan dan misteri. Lebih pelik kes Lisa seakan sebuah dongeng klasik yang tiba-tiba terasa terlalu nyata. Bagai ada seseorang sedang mengatur cerita. Di papan penyiasatan Ariel, satu nama muncul dengan dakwat merah. CINDERELLA.

Dan dari sinilah kisah dongeng moden bertukar menjadi mimpi ngeri yang pertama.

Saiz: 20.4cm x 14cm
Jumlah Muka Surat: 114
Tarikh Terbit: 2026
ISBN: 9786297914619

1 in stock

Additional information

Weight 116 g

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

1 in stock