$9.00
Cerita oleh Spider
Amid, pelajar Tingkatan 5, tidak pernah berkongsi minat yang sama dengan bapanya terhadap sejarah purba. Jadi apabila cuti sekolahnya diisi dengan lawatan ke Gua Cha, Kelantan, Amid hanya mampu menurut walaupun hatinya tidak begitu teruja.
Namun, perjalanan ke gua itu bertukar cemas apabila rakit yang dinaiki mereka terlanggar balak hanyut dan hampir terbalik. Dalam kekecohan itu, Amid hampir jatuh ke dalam sungai sebelum satu cahaya misteri tiba-tiba menariknya masuk.
Apabila tersedar, Amid mendapati dirinya bukan lagi berada pada zaman moden. Dia kini terperangkap di Zaman Neolitik.
Di hadapannya terbentang kehidupan manusia purba yang tidak pernah dibayangkannya – pakaian daripada kulit haiwan, pemburuan secara berkumpulan, serta alatan harian yang diperbuat daripada batu dan kayu. Semakin lama Amid berada di sana, semakin dia sedar bahawa sejarah bukan sekadar bahan dalam buku teks.
Tetapi mampukah Amid menyesuaikan diri dengan kehidupan purba itu?
Dan adakah dia akan menemui jalan pulang sebelum semuanya terlambat?
Saiz: 20.3cm x 14cm
Jumlah Muka Surat: 125
Tarikh Terbit: 2026
ISBN: 9786297914671
3 in stock
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
3 in stock
Reviews
There are no reviews yet.