Mini Cart

(Komik) Teman Robot

$9.00

Karya Ayoi

Anaz mengidam mahu memiliki sebuah teman robot. Oleh kerana ayahnya merupakan seorang profesor yang hebat mencipta robot dan peralatan elektronik, Prof. Haidir setuju menunaikan permintaan tersebut.

Maka terciptalah Siber, sebuah robot istimewa yang dihadiahkan khas buat si anak.

Namun disebabkan sikap kedekut yang begitu menebal dalam diri Prof. Haidir, robot ciptaan itu dibuat daripada bahan-bahan buangan supaya murah kosnya. Walaupun begitu, Siber memiliki kecerdasan buatan berkapasiti tinggi, mampu berfikir sendiri.

Amaz pada awalnya kecewa melihat rupa bentuk robot yang setaraf tong sampah! Sangkanya, dia akan menerima robot besi yang berkilat lagi gah, bolehlah dibawa ke sekolah. Namun apa yang terjadi terlalu berbeza… buatkan Anaz reda dan akur dengan rupa Siber, si teman robot yang tidak semenggah.

Ikuti kisah unik ini, apabila manusia berteman dengan robot… apa yang terjadi agaknya?

Saiz: 20.4cm x 14cm
Jumlah Muka Surat: 120
Tarikh Terbit: 2025

1 in stock

Additional information

Weight 116 g

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

1 in stock