$50.00
Ditulis oleh Maria Mahat
Diilustrasi oleh Wafiq Sehat
Siri Kawan Haiwan Buku Besar mengandungi 5 judul:
1) Ayam ke Kebun Anggur
2) Itik Ingin Terbang
3) Ulat yang Unik
4) Orang Utan dan Oren Besar
5) Enggang yang Sangat Lapar
Siri ini ditulis khas untuk memperkenalkan Fonik Bahasa Melayu menerusi cerita yang menarik. Setiap judul akan memperkenalkan salah satu huruf dan bunyi vokal a, i, u, o atau e, watak haiwan yang telah direka khas, bunyi huruf utama, dan juga huruf sampingan.
Walaupun alur ceritanya mudah, ia dapat memancing minat pelajar yang baru bermesra dengan bahasa Melayu dengan kosa kata yang berulang serta pengakhiran cerita yang memuaskan. Setiap cerita disemai dengan nilai-nilai murni dan universal seperti berbuat baik, bergotong-royong, bantu-membantu, sifat prihatin, sifat kesedaran diri, sifat empati, berimpian tinggi, keyakinan diri, harga diri dan menjaga kesihatan diri.
Di akhir cerita, terdapat kosa kata yang bermula atau berbunyi dengan huruf vokal serta beberapa kosa kata daripada buku untuk kefahaman dan pengukuhan kanak-kanak.
Saiz : 21.5cm x 14cm
Jumlah Muka Surat : 24 pp x 5
Tarikh Terbit : 2024
Nota: Siri Kawan Haiwan Buku Bacaan Awal dijual dalam satu set lima buku dan tidak dijual secara berasingan.
70 in stock
| Weight | 116 g |
|---|
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
70 in stock
Reviews
There are no reviews yet.