Mini Cart

New

Teroka Angkasa

$4.50

Penulis: Ain Maisarah
Pelukis: Danial Haikal

Siri Teroka

Bas sekolah membawa Adani, Adam dan Qalif bersama rakan sekelas ke Planetarium Negara. Tugasannya adalah menyiapkan projek tentang angkasa. Penuh semangat, mereka mengutip fakta tentang meteorit, planet, dan kehidupan angkasawan.

Namun… keseronokan bertukar cemas apabila kapsul simulasi roket yang mereka naiki tiba-tiba menjadi gelap, terkunci dan berbunyi loceng kecemasan. Murid-murid panik, ada yang hampir menangis. Mujur ia hanyalah simulasi kecemasan yang memberi pengalaman sebenar seperti latihan angkasawan. Dari rasa takut, mereka belajar betapa beraninya manusia yang nekad menjelajah ruang angkasa.

Selepas itu… mereka menikmati pertunjukan langit berbintang, mencuba kerusi putar angkasawan, dan melihat bulan serta planet melalui teleskop besar. Pengalaman itu melengkapkan projek sekolah, malah membuka mata semua bahawa angkasa raya penuh rahsia yang masih menanti untuk diterokai. Pelbagai fakta dan ilmu dikutip sepanjang misi teroka angkasa ini!

Saiz: 26cm x 21cm
Jumlah Muka Surat: 16
Tarikh Terbit: 2026
ISBN: 9786297881669

5 in stock

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

5 in stock