$4.50
Penulis: Ain Maisarah
Pelukis: Danial Haikal
Siri Teroka
Adani, Adam dan Qalif bukan sekadar mahu bermain di tepi laut. Ada tugasan istimewa iaitu projek sekolah tentang pantai! Sejak dari rumah lagi, mereka sudah sibuk bersiap dengan bekas pasir, botol spesimen, buku nota, topi, dan krim pelindung matahari. Semua kerana mahu merekod penemuan hebat di Pantai Bagan Lalang, Sepang.
Setibanya di pantai, keterujaan mereka tidak terbendung. Adani asyik mengutip kerang berkilau, Adam sibuk mencari kulit siput, manakal Qalif tekun mencatat fakta sains dalam bukunya. Mereka belajar tentang ketam yang menjadi pembersih semula jadi, kerang yang menapis air laut. Namun, keterujaan itu bertukar debaran apabila mereka menemui seekor ubur-ubur mati terdampar. Walaupun sudah tidak bernyawa, ia masih berbahaya kerana sesungutnya berbisa!
Belum sempat rasa takut itu reda, ribut laut kecil tiba-tiba melanda. Angin kencang, ombak besar menghempas pantai, dan langit mendung menambahkan suasana cemas. Dapatkah tiga kanak-kanak ini meneroka pantai dengan selamat?
Saiz: 26cm x 21cm
Jumlah Muka Surat: 16
Tarikh Terbit: 2026
ISBN: 9786297881638
5 in stock
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
5 in stock
Reviews
There are no reviews yet.