Cerita dan lukisan Yusof Gajah

Kononnya, pada zaman dahulu, ada suatu kawasan yang tidak berwarna-warni. Pokok, bunga, buah, burung dan binatang tidak berwarna. Semuanya hitam dan putih. Di dalam hutan pula tinggal tiga ekor gajah: Jojo, Jiji dan Jaja. Pada suatu hari, mereka telah mendaki gunung. Apabila sampai di puncak, mereka ternampak tiga benda yang amat ganjil.