Mini Cart

Travelistar – Kembara Solo Terlajak Diva

$9.00

Cerita oleh Ain Maisarah dan Norolain

Nur Adira binti Adib lahir dalam keluarga bergelar ‘Traveller’. Namun, dirinya lebih suka menyendiri di rumah, membantu Bibik Fatimah memasak. Teramat berbeza dengan kakaknya, Edora yang begitu aktif melancong secara sendirian. Setakat negara-negara Asia Tenggara, semua sudah dijejak. Kemudian sentiasa mendabik dada, penuh riak!

Cemburu dengan perhatian yang diterima Kak Edora, Adira mengambil keputusan menyertai sebuah pertandingan berprestij diberi nama ~ Pencarian Travelistar! Tanpa disedari, dia perlu bersaing dengan lima kumpulan lain yang berbeza-beza personaliti. Ada kumpulan berbadan sasa, otot berketak macam Badang! Ada yang pakar gajet, semua peta di hujung jari. Ada juga Hijab Sister yang begitu menjaga adab, berzikir sepanjang perjalanan biar berkat.

Paling mencengkam jiwa apabila Adira turut bersaing dengan kumpulan paling diva, The Wannababes! Tujuh gadis kota yang berlagak sombong itu berhati syaitan! Di rumah merana dengan kehadiran Kak Edora, kini dia terpaksa berhadapan dengan tujuh gadis yang serupa kakaknya!

Mampukah Adira menghadapi segala cabaran hanya berasaskan ilmu bibiknya sahaja? Ikuti kisah suka duka, haru biru perjalanan dalam mencapai gelaran Travelistar!

Saiz: 19cm x 12.7cm
Jumlah Muka Surat: 124
Tarikh Terbit: 2024
ISBN: 9789672865834

4 in stock

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

4 in stock