Mini Cart

New

Wira Angkasa – Keluarga Atau Negara

$9.00

Karya Haida Kamaruzaman & Murni Safinaz

Pak Ngah seorang ahli PASKAU terkorban ketika menjalani misi penyelamat, la menguatkan lagi semangat Hairul untuk menggapai awan, membelah angkasa. Sokongan seorang guru turut membantu membawa Hairul ke Pameran Aeroangkasa dan Maritim Antarabangsa Langkawi lalu membuka jalan yang lebih luas. Buatkan dia nekad mahu bergelar seorang juruterbang!

Hairul teringin tampil segak memakai uniform seragam di angkasa, menjaga Malaysia yang tercinta! Itulah sebab utama kerjaya juruterbang TLDM menjadi pilihannya.

Namun bergelar wira angkasa bukan semudah yang disangka. la memerlukan kecekalan di jiwa. Ketika sedang terbang tinggi menggapai awan, dirinya menghadapi cabaran kesihatan. Keluarganya ditimpa pelbagai ujian. Mampukah Hairul membuat keputusan, memilih tanggungjawab kepada keluarga atau negara? Mampukah terus berjuang demi Malaysia tercinta? Atau keluarga melebihi segalanya?

Novel ini membuka mata pembaca bagi memahami erti sebenar pengorbanan seorang wira. Bacalah… selami rasa dan jiwa seorang ahli pertahanan negara!

Saiz: 20.4cm x 14cm
Jumlah Muka Surat: 118
Tarikh Terbit: 2026
ISBN: 9789672865612

2 in stock

Description

Pernah lihat kucing

Additional information

Weight 116 g

Reviews

There are no reviews yet.

Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.

2 in stock