$13.00
Karya Azanil Fitri
Kuasa Superhero Hilang Di Tandas!
Nasib Alfi (Super 3G) benar-benar malang. Belum sempat dia menyelamatkan dunia, dia sendiri menjadi mangsa ragut di tempat yang paling tidak disangka-tandas awam! Tali pinggang super miliknya ghaib, malah dia terpaksa berkurung di dalam kubikel hanya kerana seluarnya turut diambil pencuri.
Sri Bangsar pula kini diancam oleh Bonda Pet, seorang usahawan haiwan manipulatif yang licik. Bersama barisan “tentera” berbulu yang kacak namun berbahaya-Dodo si kucing Romeo, hamster pakar sabotaj, dan burung kakak tua si pemerhati. Bonda Pet mula menjalankan operasi ‘Untung Atas Angin’.
Bukan sahaja haiwan peliharaan penduduk Sri Bangsar diculik, malah nama baik Super 3G turut dicalit lumpur apabila penyamar menggunakan kuasa tali pinggangnya untuk meragut secara terbuka!
Dengan bantuan Najmina (Gadis Bintang) dan gajet terbaru Cikgu Aziz, iPom Pro Max Plus, Alfi perlu bertindak pantas. Mampukah dia membersihkan namanya sebelum satu bandar melabelnya sebagai ‘Superhero Peragut’? Dan mampukah dia menjejaki markas rahsia Bonda Pet sebelum lebih banyak halwan comel menjadi mangsa?
Saiz: 19cm x 12.5cm
Jumlah Muka Surat: 242
Tarikh Terbit: 2026
ISBN: 9786297964126
1 in stock
| Weight | 116 g |
|---|
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
1 in stock
Reviews
There are no reviews yet.