$9.00
Cerita oleh Ain Maisarah & Hazira Hanapi
Kegilaan remaja masa kini – budaya Korea yang rancak lagi popular! Apatah lagi ditambah dengan kacaknya Oppa Korea, ia mampu buatkan jantung berdegup kencang, mata sampai membuntang, urat muka pun jadi tegang! Memang gila bayang! Bertambah teruja semua sekiranya ada pengumuman konsert jelajah di Malaysia. Automatik bagaikan ombak di lautan, peminat Kpop menunjukan padunya sokongan! Syilala juga begitu… peminat paling fanatik tahap maksimum!
Berlainan personaliti dengan Ema Mona, gadis itu begitu menitik beratkan budaya Melayu tradisional. Cakapnya lembut-gemalai. Berpenampilan baju kurung yang bersulam keemasan dengan kerongsang besar. Memang cantik, memang tertawan!
Perang antara budaya Melayu dan budaya Korea mula tercetus. Mereka saling berlawan, melakukan pelan sabotaj. Kedua-duanya mahu buktikan siapa yang paling hebat. Tradisi melawan Kpop, siapa yang akan menang akhirnya?
Saiz: 19cm x 12.7cm
Jumlah Muka Surat: 110
Tarikh Terbit: 2025
ISBN: 9786297687667
4 in stock
Only logged in customers who have purchased this product may leave a review.
4 in stock
Reviews
There are no reviews yet.