Ungu Pen mencari manuskrip baharu untuk diterbitkan.
Fiksyen pendek yang bertemakan “Dunia Pasca-Pandemik” disasarkan untuk pembaca 12 sehingga 16 tahun dalam Bahasa Melayu.
DUNIA PASCA-PANDEMIK
Dunia tidak akan sama lagi.
Virus Corona akan hidup bersama-sama manusia.
Justeru itu, perlunya ada satu pandangan baru dan perubahan pemikiran agar manusia boleh beralih kepada kehidupan dan norma baharu. Mampukah kita? Bolehkah kita? Bagaimanakah caranya? Ada jalan keluar atau tidak? Mungkin ada gejala baharu yang akan melanda kita pada tahun 2021? Oh tidak!
Apakah kesan-kesan daripada kemerosoton ekonomi seseorang? (ie. pembuangan pekerjaan, penutupan firma-firma besar, bekerja dan belajar secara alam maya etc) dan bagaimanakah harus kita berjuang untuk meneruskan kehidupan ini?
Apakah norma-norma baharu yang harus disesuaikan? (ie. ketidakselesaan memakai pelitup, vaksin yang masih belum pasti, sentiasa berada di jarak jauh, jenazah yang tidak boleh diratapi, pembelajaran alam maya yang tidak efektif etc)
Apakah kesannya kepada kesihatan mental, fisikal, ekonomi dan kedudukan seseorang individu itu?
Dunia pasca-pandemik masih tetap VUCA (volatile, uncertain, complex and ambiguous)? Apakah daya tahan manusia?
TETAPI, mungkin pandemik Corona telah membawa satu kesegaran baharu kepada manusia yang sebelum ini tidak pernah diimpikan. Ada kenaikan pangkat, keuntungan bak durian runtuh, kehidupan yang lebih makmur dan malah lebih baik daripada sebelum pandemik. Mungkin ada yang berfikir lebih baik pandemik ini tidak meninggalkan kita?
Apakah cerita anda?
—————————————————————————————————-
Sebelum anda menghantarkan manuskrip anda, sila baca di bawah ini. Sila juga rujuk kepada “guidelines” dan “templat manuskrip”.
APA YANG KAMI INGINKAN
1) Cerita fiksyen anggaran
Kategori (A) 200-400 patah perkataan atau
Kategori (B) 800-1200 patah perkataan.
2) Cerita fiksyen yang bertemakan: Dunia Pasca-Pandemik (Post-Pandemic World).
3) Bersesuaian untuk pembaca 12 – 16 tahun
4) Mesti menarik minat dan perhatian remaja Singapura, lelaki dan perempuan dan berkonteks Singapura namun mempunyai tarikan universal/ global
5) Mesti ditulis dalam Bahasa Melayu standard
6) Cerita adalah rekaan semata-mata. Jika boleh, selitkan ‘humor’ dan ‘pengajaran’ tanpa ‘bersyarah’. Remaja tidak suka mendengar syarahan. 😉
7) Tidak perlu/tidak ada ilustrasi tetapi kalau anda mempunyai ilustrasi (warna atau hitam/putih) yang bersesuaian, anda boleh menghantar bersama-sama manuskrip anda. Ilustrasi tidak boleh diciplak daripada mana-mana pihak. Sekiranya teman anda yang melukisnya, anda harus mempunyai kebenaran bertulis daripada beliau atau beliau sendiri yang menghantarkannya kepada kami. Namun, kami tidak berjanji akan menggunakannya.
8) Cerita adalah asli dan tidak dirompak dan tidak pernah diterbitkan di tempat lain (di alam maya, di kertas peperiksaan sekolah ataupun sebagai buku) *kami memandang serius terhadap bahan yang dicetak rompak dan bukan hak milik anda
9) Pada akhir cerita anda, anda akan memilih 6Â atau 12Â perkataan dari teks tersebut dan menulis glosari pada akhir teks. Kalau boleh, salah satu daripadanya adalah perumpamaan kata atau peribahasa. 6 pp untuk kategori (A) dan 12 pp untuk kategori (B).
10) Dibuka kepada umum dan sesiapa yang pernah menghantarkan manuskrip kepada kami.
APA YANG KAMI TIDAK MAHU?
1) Cerita berkenaan cinta monyet, hantu, syirik, pembunuhan diri, perkauman, lgbtq, anthropomorphisme dan yang sewaktu dengannya.
2) Cerita yang semua orang sudah tahu. Sebagai contoh, kami tidak mahu cerita mengenai pembuangan kerja atau kekurangan wang tetapi apa yang dilakukan selepas pembuangan kerja dan kemerosotan ekonomi seseorang. Lebih baik, sekiranya cerita tersebut dari sudut pandangan remaja.
3) Karangan Sekolah
APA YANG PERLU ANDA HANTAR
1) Manuskrip anda harus ditaip di Microsoft Word Format (Bukan PDF) menurut “GUIDELINES DAN TEMPLATE” yang disediakan
2) Anda boleh menghantar lebih dari satu cerita
HANTAR MENERUSI EMEL
Emel ke info@ungupen.com dengan tajuk kepala FIKSYEN PENDEK JILID 2
TARIKH AKHIR
31 Mac 2021Â
Kami mengalu-alukan penghantaran anda.
APAKAH YANG AKAN ANDA DAPAT?
1) Senaskhah penerbitan ini dalam bentuk buku atau zine secara percuma
2) Diskaun untuk pembelian lebih untuk buku atau zine ini
3) Pembayaran “net royalty” yang akan dikongsi dengan kesemua penyumbang cerita kepada penerbitan ini.
– Perinciannya akan dimaklumkan sekiranya cerita anda dipilih
APAKAH YANG ANDA TIDAK DAPAT?
1) Anda tidak akan menjadi selebriti atau mashyur dengan sekelip mata *sila uruskan harapan anda*
2) Sekiranya anda ingin kaya, penerbitan buku bukanlah salah satu jawapannya
3) Kemungkinan anda akan dijemput oleh pihak tertentu untuk berkongsi karya anda. *kalau ada, ini bonus*
AKHIR KATA
Sekiranya anda tidak mendengar berita daripada kami dalamasa enam bulan, ada kemungkinan besar kami tidak/belum berminat untuk menerbitkan karya anda. Anda boleh mengirimkan karya anda ke mana-mana pihak. Ungu Pen tidak akan menjawab sebarang pertanyaan tentang pemilihan atau tidak pemilihan sesebuah karya. Akhir kata, cuba lagi di lain ketika. Jangan putus asa.
————————————————————————————-
Guidelines for Preparing Manuscripts for Submission
Submit your manuscript as a Microsoft Word document.
All manuscripts should be prepared with 1-inch margins on all sides, double lined-spacing, 12-point Times New Roman font and page numbers. Set the page size to A4. Do not justify text, instead align text to the left using the ‘align left’ button in Microsoft Word. Please see template below.
Why Is It Important to Format My Manuscript Correctly?
Shepherding a book/zine from a manuscript to its final, printed form is a long process that involves several individuals at every stage, including an editor, a layout designer, a proofreader and the designers working at the printers who do the final stages of preparation before the book is sent to print. The cleaner a manuscript is when it arrives on a publisher’s/ editor’s desk—less grammar, spelling, punctuation errors etc—the less chance there is that proofreading or typesetting errors will remain, and the less chance of back and forth with you—the author. Clarity of your message is also important.
Therefore, we ask authors to follow these basic guidelines for submission.
Notes on Formatting and Punctuation
• In general, all formatting should appear in the document as it is meant to appear in the final book. Italics are to be indicated with italics, not with underlining; spaces and spacing should be maintained in exactly the form meant to be seen in print.
• Do not insert extra lines between paragraphs, except when indicated by the original text (in the case of translations), or when intended as a section break or matter of style. Paragraph breaks are to be indicated using a simple ‘return’ and then indent (by typing the ‘tab’ key once).
• Single spaces (not double) after full stops and other punctuation.
• Most punctuation, and all full stops and commas, are to be placed outside quotation marks, as in British usage. The exception is in dialogue.
• Ellipses are to be indicated using the automatically formatted, single-character ellipsis provided by Microsoft Word (‘…’), with no spaces on either side. On a Mac, this can be formatted by pressing the ‘option’ button followed by a semicolon, or formatted automatically in Word by typing three full stops without spaces. Do not use four-point ellipses.
• Dashes are to be formatted as em dashes (‘—’) only, not en dashes (‘–’), with no spaces on either side. The proper em dash character is available either through the ‘Insert/Symbol’ feature in Microsoft Word, or via auto-formatting (i.e., two hyphens ‘–’ placed without spaces between two letters or words should automatically be replaced by an em dash, if your settings are correct).
• En dashes, not hyphens, are to be used to indicate a date range, as in ‘1914–1918’, with no spaces on either side (i.e., two hyphens ‘–’ placed with spaces between two letters or words should automatically be replaced by an en dash, if your settings are correct
• When in doubt about spellings and meanings of words in Bahasa Melayu, please refer to http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kamus%20online
• All that being said, Ungu Pen reserves the right to make the final decisions and edits as it deems fit to ensure that the stories are aligned with the intent of the publication and consistent with the overall look and feel of the publication.
• Please see the template for reference:
Template-2020-400words
Template-2021-1000words
We look forward to your submission!
WillardReusa
Aku harus berada di sini sekarang.,
Di kota ini di mana perang…
Cadangan kekuatan hampir sepenuhnya mengering,
Yang Tuhan berikan padaku.
Saya harus menyelamatkan anak-anak,
Dari ranjau dan roket Nazi,
Agar mereka bisa terus berkembang,
Dimana tidak ada kejahatan.
Menakutkan bagi saya untuk berada di depan mata musuh,
Saya ingat keluarga saya…
Dan saya memarahi diri sendiri karena lemah,
Dan itu semakin sulit bagi saya.
Tapi memegangi salib ke dadanya,
Saya merasakan gelombang di belakang punggung saya,
Bagaimanapun, selalu ada harapan,
Dan Tuhan akan memberi Anda lebih banyak kekuatan.
Itu sangat dekat dengan tujuan saya,
Baiklah, biarkan aku menjadi lemah sekarang,
Saya berdoa, berkata pada diri sendiri: percayalah!
Dan saat kemenangan akan datang
Kami akan melindungi negara – kami akan melindungi anak-anak kami – masa depan kami