oleh Maria Mahat
Walaupun ada banyak buku cerita kanak-kanak yang sudah diterbitkan, tidak banyak buku kanak-kanak di Singapura terutamanya dalam bahasa Melayu yang prihatin dengan isi kandungan buku kanak-kanak yang berkualiti dan selari dengan perkembangan awal kanak-kanak masa kini.
Cerita kanak-kanak, walaupun pendek, harus menggunakan pendekatan yang menarik. It seharusnya berirama dan mempunyai beberapa frasa atau perkataan yang diulang, jadi si kecil dapat menangkap jalan ceritanya.
Ilustrasi untuk buku kanak-kanak memainkan peranan yang amat penting. Ini adalah kerana ilustrasi yang baik dapat menarik perhatian si kecil. Teks adalah untuk menghubungkan perbualan (speech) dengan perkataan (printed texts) di dalam buku.
Di sini, saya ingin berkongsi tiga buku kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris yang baik dan saya berharap, sebagai sebuah komuniti Singapura Melayu, kita dapat menghasilkan buku-buku dan bahan-bahan yang lebih menarik dan berkualiti untuk membangunkan generasi anak-anak Melayu yang celik dan suka membaca.
Buku ini berirama dan mempunyai frasa yang diulang jadi kanak-kanak kecil dapat menangkap jalan ceritanya, dan mempelajari beberapa perkataan mengenai haiwan. Ia juga boleh diceritakan secara berinteraksi untuk si kecil dan memainkan peranan yang penting untuk membangunkan kosa kata. Buku cerita ini juga mempunyai ilustrasi yang bersih (ie. clean) dan tidak terlalu berselerak (ie. cluttered). Saya lihat banyak kulit buku cerita dalam Bahasa Melayu yang agak berselerak dan terlalu banyak elemen di kulit buku tersebut. Tiada fokus.
2. Ten Red Apples oleh Pat Hutchins
Cerita ini bukan sahaja berirama dan berritma, ia juga seolah-olah pantun. Dengan secara tidak langsung, ia mengajar si kecil mengenal perkataan “high frequency” (yang sering digunakan), angka dan juga menghitung (ie. perkurangan atau subtraction). Ilustrasinya juga kemas dan mudah difahami.
3. Pete the Cat : I love my white shoes oleh James Dean
Cerita ini begitu menarik dan juga menggeletek hati si kecil, dan dapat mengajar si kecil perkataan mudah seperti warna. Ia juga disampingkan dengan lagu yang seronok dinyanyikan bersama. Dengan membaca dan menonton video yang berlagu, anda akan tahu kenapa ianya berkesan untuk menanamkan minat membaca di kalangan si kecil.
Saya harap dengan perkongsian ini, ia mendapat memberikan sedikit gambaran tentang buku cerita kanak-kanak dwibahasa yang amat dialu-alukan Ungu Pen dalam peraduan Pen UP!
Kongsikan buku cerita kanak-kanak dalam Bahasa Melayu yang baik dengan kami untuk pengetahuan semua. Sila komen atau emel ke info@ungupen.com
Untuk menyertai peraduan Pen UP!, sila lihat butir penyertaannya di sini.
Haziq
Sebagai ibu bapa, memahami ciri-ciri buku cerita kanak-kanak yang tepat adalah penting supaya isi cerita yang ingin disampaikan dapat difahami dengan baik oleh anak kecil.