Ungu Pen mencari manuskrip baharu FIKSYEN REMAJA untuk pembaca 11 hingga 16 tahun ke atas. Kami membuka peluang penghantaran manuskrip dalam 3 kategori:

  1. Kategori A: 200-400 patah perkataan (Untuk kategori A, kami akan terima juga manuskrip berbentuk skrip yang sesuai untuk dijadikan cerita grafik/berilustrasi yang sesuai untuk 11-13 tahun)
  2. Kategori B: 700-1000 patah perkataan
  3. Kategori C: 1500-2000 patah perkataan

 

APA YANG KAMI INGINKAN

  • Ditulis dalam Bahasa Melayu standard.
  • Perlu menarik minat remaja Singapura 11 tahun ke atas, lelaki dan perempuan, berlatarbelakang konteks Singapura dengan tarikan universal.
  • Rekaan semata-mata namun anda boleh kreatif dengan menyelitkan fakta atau unsur-unsur suspens, humor, fantasi, realisme, pengembaraan dan sebagainya yang dapat menarik minat membaca dalam bahasa Melayu di kalangan remaja. Lebih baik sekiranya watak utama adalah remaja.
  • Alur cerita anda boleh disulamkan dengan tema-tema seperti Pemikiran Kritis (Critical Thinking), Menyelesaikan Masalah (Problem-Solving), Membuat Keputusan (Decision Making), Resa Diri Untuk Membuat Sesuatu Pertimbangan (Sense-Making), Pemikiran Silang-Disiplin (Trans-Disciplinary Thinking), Penyesuaian (Adaptability), Kecekapan Digital (Digital Fluency), Perspektif Global (Global Perspective), Ketangkasan Pembelajaran (Learning Agility) & Pengurusan Diri (Self-Management).
  • Cereka perlu asli. Belum pernah diterbitkan di mana-mana platform-alam maya, akhbar atau mana-mana penerbitan.
  • Cerita tidak diciplak. Kami mengambil serius sekiranya anda menciplak hak milik orang lain.
  • Di akhir setiap cerita, anda akan memilih perkataan dari cerita anda sebagai glosari.

Kategori A: 6 perkataan dan maksudnya
Kategori B dan C: 12 perkataan dan maksudnya.

Gelapkan (Bold) perkataan tersebut dalam cerita anda.

  • Dibuka kepada rakyat dan penduduk Singapura, tiada had umur.

 

APA YANG KAMI TIDAK MAHU

  • Cerita yang kami tidak mahu ialah cerita mengenai cinta monyet, sihir, mistik, pembunuhan diri, perkauman, LGBTQ++. Namun, kami terbuka sekiranya cerita anda ada unsur spekulatif atau imaginasi dalam lingkungan yang kami rasa munasabah dan bersesuaian.
  • Karangan pelajar. Sekiranya karangan tersebut menunjukkan idea yang mantap, kompleks, menarik dan mempunyai unsur-unsur suspens, humor dan sebagainya, kami boleh pertimbangkan.

 

PANDUAN MENGHANTAR MANUSKRIP

  • Manuskrip ada harus ditulis di dalam Microsoft Word Format (JANGAN PDF) mengikut panduan kami di bawah ATAU gunakan Template-2021 kami.
  • Anda boleh hantar lebih dari 1 cerita. Kami mengalu-alukan anda menghantar 3 cerita dengan mengembangkan watak utama yang sama. Perlu ada klimaks pada cerita 1 dan 2, dan penyelesaian pada cerita 3.

 

DI MANA ANDA HARUS HANTARKAN

Emel kepada info@ungupen.com dengan kepala emel: FIKSYEN REMAJA KATEGORI A, B atau C

 

TARIKH LUPUT

  • 31 Januari 2022 – Sudah dilanjutkan. Akan dilanjutkan sekiranya kami tidak mendapat manuskrip yang cukup atau yang menepati citarasa kami.
  • Kami akan maklum kepada anda dalam masa 3-6 bulan sekiranya manuskrip anda diterima untuk diterbitkan. Kami akan menghubungi anda sekiranya kami ada pertanyaan tentang manuskrip anda. Sebelum diterbitkan, kami akan memberi anda kontrak perjanjian untuk penerbitan.
  • Kami mohon maaf kerana kami tidak dapat melayan pertanyaan mengenai manuskrip yang tidak diterima.

 

APA YANG ANDA AKAN TERIMA

  • Senaskah buku percuma untuk satu cerita yang diterbitkan.
  • Diskaun untuk pembelian selanjutnya untuk buku yang mengandungi tulisan anda.
  • Royalti bersih yang akan dikongsi dengan penulis lain dalam buku yang sama – perincian hanya akan dikongsi sekiranya cerita anda diterima.
  • Jika anda tidak berada di Singapura, kos penghantaran buku harus dibiayai oleh anda.

 

APA YANG ANDA TIDAK AKAN DAPAT

  • Anda tidak akan menjadi kaya-raya atau popular dengan sekelip mata, mohon uruskan jangkaan anda.

 

BONUS APA YANG AKAN ANDA DAPAT

  • Kemungkinan anda akan diundang untuk berkongsi pengalaman anda sebagai penulis daripada pihak sekolah atau mana-mana pihak.
  • Anda boleh menggunakan buku sebagai bahan bengkel sekiranya anda seorang pendidik, pelatih, aktivis remaja dan sebagainya.

 

NASIHAT MUTAKKHIR

  • Sekiranya anda tidak mendapat berita daripada kami lebih dari enam bulan, ini mungkin bermakna yang kami tidak berminat untuk menerbitkan cerita anda buat masa ini. Ungu Pen tidak akan bertanggungjawab untuk memulangkan manuskrip yang dihantar menerusi emel. Anda harus menyimpan salinan manuskrip anda sendiri. Anda boleh menghantar ke pihak lain sekiranya kami tidak menerbitkan manuskrip anda.
  • Sekiranya anda minat menulis, tajamkan pena anda dengan menulis kandungan yang bermutu dan bersesuaian di media sosial. Kami amat mengalu-alukan mereka yang aktif di media sosial sebagai usaha mengembangkan Bahasa Melayu di kalangan generasi akan datang.
  • Walaupun cerita ada mengandungi ciri-ciri pengajaran atau nilai murni, pendekatannya tidak boleh didaktik. Remaja tidak suka mendengar leteran atau syarahan dalam cerita.
  • Kami berbesar hati untuk membaca manuskrip anda.

 

CIRI-CIRI CERITA PENDEK

Walaupun namanya ialah Fiksyen Kilat, Fiksyen Mikro, Certot atau Cerpen, ia tidak bermakna cerita anda tidak mempunyai ciri-ciri berikut:

  • Watak (character)
  • Lokasi (setting)
  • Konflik (conflict)
  • Alur Cerita (plot)
  • Tema (theme)

 

Cerita pendek yang baik hanya merangkumi secebis sahaja kehidupan watak utama – selalunya satu babak atau insiden yang harus diselesaikan. Tidak perlu mempunyai latar cerita (backstory) yang tidak akan membantu dalam insiden atau babak tersebut.

Oleh kerana kami memerlukan anda menulis dengan padat; konservatif dengan jumlah perkataan yang digunakan – makanya anda harus mulakan masalah/konflik watak utama dari awal lagi.

Untuk membuatkan alur cerita anda menarik, selitkan unsur “the rule of 3” sebelum watak utama tersebut menyelesaikan masalahnya atau menerima keredhaan dengan keadaannya. Ada banyak penulisan tentang “the rule of 3 in good story writing” yang anda boleh dapat dari internet.

Pengakhiran cerita harus memuaskan.

Baca dan edit kembali cerita anda. Sekiranya cerita anda melebihi had perkataan, ayat-ayat berbunga yang boleh dipendekkan, pendekkan. Yang mana boleh dibuang tanpa menjejas jalan cerita, sila buang.

Harap tips di atas ini membantu.

Short Story Books for Middle-Grade Readers (Ages 9 – 12)

10 Terrific Short Story Collections for Kids

——————————————————————–

Guidelines for Preparing Manuscripts for Submission

Submit your manuscript as a Microsoft Word document.

All manuscripts should be prepared with 1-inch margins on all sides, double lined-spacing, 12-point Times New Roman font and page numbers. Set the page size to A4. Do not justify text, instead align text to the left using the ‘align left’ button in Microsoft Word. Please see template below.

Why Is It Important to Format My Manuscript Correctly?

Shepherding a book/zine from a manuscript to its final, printed form is a long process that involves several individuals at every stage, including an editor, a layout designer, a proofreader and the designers working at the printers who do the final stages of preparation before the book is sent to print. The cleaner a manuscript is when it arrives on a publisher’s/ editor’s desk—less grammar, spelling, punctuation errors etc—the less chance there is that proofreading or typesetting errors will remain, and the less chance of back and forth with you—the author. Clarity of your message is also important.

Therefore, we ask authors to follow these basic guidelines for submission.

Notes on Formatting and Punctuation

  • In general, all formatting should appear in the document as it is meant to appear in the final book. Italics are to be indicated with italics, not with underlining; spaces and spacing should be maintained in exactly the form meant to be seen in print.
  • Do not insert extra lines between paragraphs, except when indicated by the original text (in the case of translations), or when intended as a section break or matter of style. Paragraph breaks are to be indicated using a simple ‘return’ and then indent (by typing the ‘tab’ key once).
  • Single spaces (not double) after full stops and other punctuation.
  • Most punctuation, and all full stops and commas, are to be placed outside quotation marks, as in British usage. The exception is in dialogue.
  • Ellipses are to be indicated using the automatically formatted, single-character ellipsis provided by Microsoft Word (‘…’), with no spaces on either side. On a Mac, this can be formatted by pressing the ‘option’ button followed by a semicolon, or formatted automatically in Word by typing three full stops without spaces. Do not use four-point ellipses.
  • Dashes are to be formatted as em dashes (‘—’) only, not en dashes (‘–’), with no spaces on either side. The proper em dash character is available either through the ‘Insert/Symbol’ feature in Microsoft Word, or via auto-formatting (i.e., two hyphens ‘–’ placed without spaces between two letters or words should automatically be replaced by an em dash, if your settings are correct).
  • En dashes, not hyphens, are to be used to indicate a date range, as in ‘1914–1918’, with no spaces on either side (i.e., two hyphens ‘–’ placed with spaces between two letters or words should automatically be replaced by an en dash, if your settings are correct
  • When in doubt about spellings and meanings of words in Bahasa Melayu, please refer to http://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=kamus%20online
  • All that being said, Ungu Pen reserves the right to make the final decisions and edits as it deems fit to ensure that the stories are aligned with the intent of the publication and consistent with the overall look and feel of the publication.
  • Please see the template for reference:

Template-2021

We look forward to your submission!