Mari Berlumba! adalah buku kedua dalam Siri Kembar Adriana dan Amalia. Selepas mengenali persamaan dan perbezaan kembar ini, dan mengetahui kegemaran mereka, cerita kedua membawa kembar ini ke sebuah taman. Ayah dan Ibu telah memberikan basikal baharu kepada Adriana dan Amalia. Seperti apa yang kita ketahui daripada buku 1 tentang kesukaan mereka, basikal Adriana berwarna merah jambu dan basikal Amalia berwarna ungu. Maria Mahat, penulis siri ini banyak menggunakan kosa kata yang lazim disebut (ie. high frequency words) di dalam siri ini.

Antara tema-tema dan aktiviti yang boleh dilakukan menerusi buku ini ialah:

  1. Membangun motor kasar dengan bermain di luar iaitu di taman, berbasikal dan/atau sukaneka (Develop gross motor skills with outdoor play in the park, cycling and/or telematches)
  2. Mengenal kata kerja (verbs)
  3. Dramatisasi/ Bermain Peranan dengan kata kerja tersebut untuk membina kefahaman (Dramatisation/ Role Play with the verbs to encourage comprehension of words used)
  4. Mengenal antonim (kata lawan) (opposites)
  5. Mengenal sifat kesukanan (sportsmanship)
  6. Mengenal sifat empati (empathy)
  7. Membina kecerdasan spatial visual (Develop visual spatial intelligence)

Terdapat 4 tajuk dalam siri ini. Dapatkan kesemua buku-buku dalam Siri Kembar Adriana dan Amalia di pautan ini.