Buku pertama dalam siri Kembar Adriana dan Amalia bertajuk Serupa Tidak Sama. Walaupun sepasang kembar nampak serupa, tetapi mereka pasti ada perbezaan. Di dalam buku pertama siri ini, penulis Maria Mahat telah mengisikan jalan cerita dengan beberapa tema bahasa, logik dan numerasi yang boleh dicungkil untuk beberapa pelajaran dan aktiviti bersama-sama si kecil.

Tema yang boleh dicungkil dari buku ini:-

1. Diri Saya dan Adik-Beradik Saya (My Siblings and I)
2. Sama dan Beza (Same and Different)
3. Objek yang berpasangan atau berdua (Objects that come in pairs or twos)
4. Memadankan objek yang sama atau berpasangan (Matching the same types of objects or the similar pair)
5. Mengasingkan dan Mengumpulkan – dalam dua dan dalam sifat-sifat yang serupa (Sorting and Grouping – in twos and in similar attributes)
6. Memahami bagaimana hendak mengasingkan dan mengumpulkan sesuatu memerlukan pengenalan sifat-sifat objek atau orang tersebut dengan mengenali kata sifat seperti warna, bentuk, corak, saiz, rasa, pegang, hobi, tabiat dan gaya hidup etc (Understanding how to sort and group requires understanding the attributes of objects or people by knowing adjectives (ie. words that describe) such as colour, shape, patterns, size, taste, touch, hobbies, habits, lifestyles etc.)
7. Perasaan – gembira, suka, ceria, marah, sedih, sayu, penat, letih (Feelings – happy, like, cheerful, angry, sad, sombre, tired, fatigue etc)
8. Perhubungan adik-beradik – berhubung baik bersama-sama, pertengkaran, berbaik semula, memahami sebab dan akibat dan sebagainya (Sibling relationships: Getting along with each other, arguments, making-up, reflecting on cause and consequences etc.)
9. Pengajaran Peribahasa – air dicincang tidak akan putus, macam isi dengan kuku, bagai aur dengan tebing (Learning of Malay proverbs/ idioms)

Set Siri Kembar Adriana dan Amalia ini mengandungi 4 buku yang berlainan topik. Anda boleh beli di pautan ini. Kami akan mengupaskan topik-topik dari buku-buku tersebut kelak. Tunggukan penulisan dari blog kami!