Buku terbaharu penerbitan Ungu Pen yang ditulis khas untuk kanak-kanak 3 hingga 8 tahun.

Siri ini bertujuan menyemai minat, kebolehbacaan dan kefahaman dalam Bahasa Melayu dengan jalan cerita yang relevan pada masa kini, tulisan yang mudah dan ilustrasi yang menarik. Ia boleh digunakan sebagai pendekatan membaca bersama atau apabila si kecil sudah bersedia untuk membaca sendiri.

Siri ini ditulis oleh Maria Mahat, pengasas bersama Ungu Pen yang berpengalaman dalam penerbitan televisyen, penyelidikan pendidikan dan pembangunan profesional. Beliau merupakan pelatih dalam pendidikan awal dan pendidikan muzium. Beliau memiliki ijazah Sarjana Sains dalam Pendidikan Awal Kanak Kanak (MSc ECE) dan Sijil Lanjutan dalam Latihan dan Penilaian (ACTA).

Nanimonda, ilustrator buku ini, memulakan kerjaya dalam animasi dan kini, berada dalam bidang permainan dan media interaktif. Beliau pernah melukis mural, menjalankan bengkel seni dan animasi dan mengambil bahagian dalam pameran. Beliau meminati kucing dan suka bercerita menerusi animasi gelung.

Untuk pembelian satu set siri Kembar Adriana dan Amalia yang terdapat 4 tajuk, sila ke pautan ini.