Malay Chapter Books with Illustrations for your Children
Children, aged 7 to 12-year-olds vary in their reading abilities.
Over the years, Ungu Pen has observed that children who can read novel-quality chapter books like the Harry Potter series are unable or unwilling to read Malay books of similar thickness and complexity. Among the feedback from these children are that Malay chapter books, novelettes, and novellas are too serious, unimaginative, and non-humourous for their liking.
Ungu Pen has published anthologies such as Pandemik (2021, 400-word count stories), Vaksin (2021, 800-1200 word count stories), and Bebas (2022, Up to 2000 word count stories). Out of the three, Pandemik is out of print.
Though Pandemik does not come with illustrations, the super short stories are able to help our young readers feel accomplished in reading Malay.
From Vaksin, we discovered Atikah Hakim, a school teacher who wrote and submitted a short story, Komputer Riba Puaka for Vaksin: Dunia Pascapandemik. Komputer Riba Puaka is a tween and teen-friendly story with some humour and a plot twist.
As we liked the idea behind Komputer Riba Puaka (ie. It is not every day we find Malay writers who can write short stories with doses of good-natured humour. Most of the manuscripts that we received for our anthologies tend to be serious stories heavy with social issues), we invited Atikah Hakim to write a chapter book for children aged 7-12 years old with some guidance from us to ensure that there are peaks, twists, and doses of humour in the short 10 chapters.
With that, Telefon Bimbit Puaka was conceptualized and the rest was history. She also wrote another investigative short story, Badut Jahat that was included in Bebas: Antologi Fiksyen Remaja. Here are some of the reviews for Telefon Bimbit Puaka.
Telefon Bimbit Puaka
by Atikah Hakim, illustrated by Karlina Vivi, Eds; Maria Mahat, Nadhirah Zamrose
Telefon Bimbit Puaka is the first Malay chapter book published by Ungu Pen with coloured pictures on each and every page. Not only that, some words are bold and coloured so that readers may take notice of these words, find out their meaning and understand them in the context of the sentences in the texts. Through the colourful illustrations, our young readers are able to comprehend the storyline better and feel accomplished as a reader of Malay books.
Telefon Bimbit Puaka merupakan buku bab pertama Ungu Pen dalam Bahasa Melayu dengan ilustrasi di setiap halaman buku. Selain ilustrasi, beberapa perkataan dalam teks diserlahkan dan diwarnai supaya pembaca akan mengenalpasti perkataan-perkataan ini, mencari makna dan memahami dalam konteks ayat dalam cerita. Menerusi ilustrasi yang berwarna, pembaca muda akan lebih memahami jalan cerita dan berasa berjaya untuk terus membaca dalam bahasa Melayu.
Ulasan bagi Telefon Bimbit Puaka:
Elemen-elemen kisah kehidupan remaja diadun dengan ciri-ciri kesingapuraan dalam buku Telefon Bimbit Puaka. Para pembaca boleh diajak berfikir tentang peranan simbiotik telefon bimbit dalam skop fungsi kehidupan seharian manusia. Potensi untuk mengesan idiosinkrasi telatah anak-anak Melayu Singapura amat kaya dalam kesepuluh bab yang ada dalam buku ini. Selain menghayati jalan ceritanya secara tekstual, penggunaan ilustrasi yang segar dan menarik turut menghidupkan pengalaman pembaca ketika mengaitkan teks dan konteksnya.
Kekayaan kosa kata Melayu diserlah dalam buku ini, yang bukan hanya mempertengahkan rutin dan ritual yang ada pada perjalanan hidup seharian seseorang remaja, malah turut mendalami interaksi dan hubungan sosial yang wujud dalam konteks persekolahan di Singapura. Ini didampingi dengan kearifan penulis dalam mengadunkan penggunaan simpulan bahasa, peribahasa dan bidalan yang amat menaiktarafkan unsur estetika penceritaan, sekaligus menempatkan kerelevanan unsur-unsur bahasa tersebut dalam penulisan naratif kontemporari. Sungguhpun begitu, bahasa yang digunakan agak mudah difahami dan diikuti para pembaca remaja. Elok jika karya-karya ini dapat diperkenalkan pada pembaca di sekolah menengah, merentas pelbagai aliran dan kecekapan bahasa.
Jika dipandu pembacaan cerita Telefon Bimbit Puaka bersama para pelajar di dalam bilik darjah, isu-isu mengenai identiti, kebergantungan teknologi, persahabatan dan dilemma moral dalam kalangan watak-wataknya dapat dipertengahkan. Kata-kata dan tindak-tanduk para watak juga memberikan perisa lokal terhadap isu-isu yang ingin dibincangkan. Penulis juga bijak menyelitkan imejan dan pendeskripsian watak-watak dengan sentuhan humor dalam percubaannya untuk meyampaikan isu-isu yang serius dan sensitif secara bersahaja.
Malah, dengan penyelitan unsur-unsur demikian, ia memberi ruang dan peluang untuk meneroka isu sosiobudaya yang turut memberi kesan dalam skema besar kebudayaan Melayu yang jauh lebih luas. Terdapat nada keremajaan, kesingapuraan dan kemelayuan yang ketara dalam bab-bab yang terkandung dalam buku ini. Ia memberikan pengisahan yang real dan autentik dengan nadi kehidupan para pelajar, lantas membina pertalian dari tinta penulis ke jiwa pembacanya. Tahniah Atikah! Teruskan usaha murni untuk membumi dan memasyarakatkan sastera di Singapura!
Muhammad Irwan Jamal
Felo Pengajar Kanan
Bahagian Bahasa dan Kebudayaan Asia (ALC)
Institut Pendidikan Nasional (NIE)
Telefon Bimbit Puaka (TBP) merupakan sebuah cerita kanak-kanak yang memaparkan pengalaman seorang pelajar yang berdepan dengan masalah kehilangan telefon bimbitnya sewaktu di sekolah. Pencarian telefon bimbit tersebut telah mencetus pelbagai konflik yang memberi peluang kepada Haziq (watak utama) untuk menilai erti persahabatan dan membuka kanta matanya kepada hal-hal yang berlaku di sekelilingnya.
Pemilihan tema yang menggambarkan secara autentik pengalaman seorang pelajar yang kehilangan telefon bimbit ini amat relevan dan dekat dengan hati para pelajar sekolah rendah, terutamanya. Penulis berjaya memberikan gambaran yang realistik dengan penggunaan konteks yang sesuai dan frasa-frasa ‘Unjuk Bukan Ujar’ (Show Not Tell) bagi setiap keadaan dan kejadian yang berlaku dalam cerita TBP. Dengan cara ini, pelajar dapat menggambarkan secara eksplisit sesebuah kejadian itu.
Penulis juga berjaya mencetuskan konflik/masalah yang biasa dialami oleh pelajar di peringkat sekolah rendah. Hal ini dapat menarik perhatian dan minat pelajar untuk membaca cerita ini kerana amat relevan dengan pengalaman dan kehidupan seharian mereka.
Penulis dengan bijak menyelitkan unsur sejarah juga dengan mengaitkan latar Pulau Belakang Mati dalam cerita TBP. Penulis telah memuatkan fakta-fakta sejarah yang berkaitan dengan Pulau Belakang Mati secara santai dan lucu. Hal ini membenarkan pelajar menikmati cerita ini dan tidak akan terasa berat untuk membaca sesuatu yang berkaitan dengan sejarah.
Penggunaan ilustrasi yang menarik dan bab-bab yang pendek juga membantu pelajar memahami jalan cerita dengan mudah. Penggunaan kosa kata yang telah ditebalkan dan diwarnakan dapat menarik perhatian dan memberi fokus kepada pelajar untuk mempelajari perkataan baharu dan melihat secara jelas perkataan-perkataan tersebut.
Secara keseluruhan, TBP merupakan sebuah buku cerita yang amat sesuai bagi kanak-kanak peringkat atas sekolah rendah. Tema, konteks, ilustrasi, penggunaan bahasa yang kaya dan kosa kata yang sesuai dapat menarik minat pelajar untuk membaca buku cerita TBP.
Aidah Hosni
Guru Sekolah Rendah
Sebuah cereka yang sangat sesuai untuk bacaan kanak-kanak dan remaja di peringkat sekolah rendah hingga menengah rendah. Terdapat paparan kisah yang menarik, sarat dengan informasi serta nilai pengajaran yang tinggi. Kisah yang berpusat tentang telefon bimbit pastiya dekat dengan hati para pelajar yang susah untuk berenggang dengan alat peranti ini. Penggunaan bahasa yang baik dengan perkataan-perkataan dan frasa menarik yang diserlahkan boleh dicontohi para pelajar yang membacanya. Illustrasi yang mengiringi jalan cerita pastinya meningkatkan daya tarik cereka ini untuk dibaca, sekaligus merangsang daya imaginasi pembacanya. Pastinya, cereka ini mampu menjentik rasa ingin tahu pembaca untuk membaca secara teliti daripada muka surat pertama hingga penghujungnya untuk mengetahui nasib watak utama dalam cerita ini.
Nurain Zulkepli
Guru Sekolah Menengah
Cerita ini lengkap dengan elemen misteri dan unsur saspens yang mampu menambat perhatian pembaca, serta sarat dengan pengajaran yang boleh diteladani pembaca pelbagai peringkat usia. Isu-isu yang diketengahkan dalam cerita ini juga amat relevan dengan pengalaman alam persekolahan dan jalinan persahabatan kanak-kanak dan remaja masa kini. Secara tidak langsung, cerita ini membuka ruang bagi pembaca untuk memupuk sikap introspektif dalam diri terutama sekali apabila ia melibatkan keperluan untuk membuat keputusan.
Syairah Nur’Amirah
Guru Sekolah Menengah
Buku ini amat berkesan untuk mempertingkatkan keupayaan Bahasa Melayu saya. Saya telah mempelajari banyak perkataan dan peribahasa baharu.
Jalan cerita buku ini telah menarik minat saya untuk terus membacanya. Saya suka membaca buku ini kerana ia mempunyai unsur misteri. Misteri ruang perkhemahan yang digeledah, bunyi dinding yang dicakar dan bermacam-macam lagi kejadian telah membuat hati pembaca berdebar -debar.
Saya juga dapat mencontohi nilai-nilai murni yang cuba diterapkan di dalam cerita ini. Kita tidak boleh menilai seseorang dengan melihat luaran sahaja. Sebaliknya kita mesti menilai seseorang itu dengan lebih mendalam.
Hannah Batrisyia Binte Abdul Razak
Pelajar Sekolah Rendah